JPJ Melaka Lelong Kereta Serendah RM965 (20 Sept – 3 Okt 2021)
MELAKA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka telah memuatnaik notis lelong sejumlah 46 buah kenderaan pelbagai jenis termasuk kereta mewah Mini Cooper dan Subaru Impreza pada harga bermula RM10,000 bermula 20 September 2021.
Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff berkata, beberapa kenderaan mewah tersebut merupakan kereta klon yang dirampas dalam operasi sebelum ini dan telah dilucut hak sebelum dilelong. Pada awalnya ia dijadualkan untuk dilelong bermula 6 September, namun telah ditunda kepada 20 September atas sebab.
“Kita akan melelong sebanyak 46 buah kenderaan dengan nilai terendah adalah RM965 dengan beberapa kereta mewah iaitu Mini Cooper dan Subaru Impreza akan dilelong pada harga bermula RM10,000 sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat JPJ di Bukit Katil.
Beliau memberitahu, JPJ Melaka menyasarkan nilai lelongan kesemua kenderaan tersebut akan mencecah RM1.5 juta dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat.
Cara Beli Kereta Lelong JPJ Melaka (Mulai 20 September 2021)
“Dokumen sebut harga boleh dimuat turun secara percuma di laman sesawang serta di laman sosial Facebook JPJ Melaka dan dihantar semula menerusi pos atau serahan di kaunter.
“Bagaimanapun, disebabkan negara masih lagi bergelut dengan kes-kes Covid-19, kita hanya membenarkan seramai 20 orang sahaja hadir untuk lawatan tapak pada setiap hari dan permohonan perlu dibuat melalui Google Form,” katanya.
Rujuk cara pembelian dan sebut harga di bawah :
Pelupusan Kenderaan Sita Secara Sebut Harga akan dijalankan pada 20 September 2021 (Isnin) sehingga 04 Oktober 2021 (Isnin).
Senarai kenderaan yang tersenarai dalam pelupusan sebut harga akan di paparkan di laman rasmi “Facebook” Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka mulai 20 September 2021 (Isnin) .
Baca juga : Waktu Operasi Kaunter Pejabat JPJ Mulai 10 September 2021
NOTIS MAKLUMAN : SEBUT HARGA KENDERAAN SITA JPJ MELAKA BIL.1/2021
- Tawaran Bermula : 20 SEPTEMBER 2021 (Jam 9.00 pagi)
- Tarikh Tutup : 04 OKTOBER 2021 (Jam 12.00 tengahari)
- Tempat : JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI MELAKA
Kenderaan – kenderaan akan dipamerkan untuk pemeriksaan awam pada 20 September 2021 (Isnin) hingga 04 Oktober 2021 (Jumaat) mulai 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.
Bagi yang berminat boleh melayari dan memuat turun dokumen sebutharga pada pautan di bawah:
https://bit.ly/DokumenSebutHarga2021
Sila pastikan anda telah membaca serta memahami terma dan syarat-syarat sebut harga yang telah ditetapkan
SEMUA LOT ADALAH DIJUAL DALAM KEADAAN “SEADANYA”.
PASTIKAN ANDA MELIHAT KENDERAAN-KENDERAAN SEBELUM MENYEBUT HARGA.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :-
Unit Pengurusan Sita
Jabatan Pengangkutan Jalan
Negeri MELAKA
No.Tel : 06-2514035
Sebarang pertanyaan boleh terus berhubung kakitangan di Unit Sita di talian 06-2514035
Nota :
Nilai deposit sebut harga adalah 5% daripada harga tawaran.
Deposit sebut harga hanya gunakan Bank Draf dan Kiriman Wang sahaja atas nama KETUA PENGARAH PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA.
Baca juga: Duit Hilang Dalam Akaun Bank, Ini Cara Buat Report & Dapatkan Balik Duit