Modenas Elegan 250 EX 2023 | Harga Terkini & Ciri-ciri
Modenas, sebuah syarikat automotif berjaya mengorak langkah mendahului syarikat lain dan memenuhi peraturan pelepasan ekzos Euro4 dengan memperkenalkan skuter terbaru Modenas Elegan 250 EX.
Skuter itu ialah model versi dipertingkat, Elegan 250 ABS yang kini mengikut piawaian Euro4 dan hadir dalam dua warna pilihan, Matte Silver Crystal (perak) dan Petroleum Blue (biru gelap).
Harga Modenas Elegan 250 EX
Untuk pasaran Malaysia, harga yang ditawarkan untuk skuter terbaru ini ialah RM16,997, berbanding harga 2020 Modenas Elegan 250 ABS RM15,315.
Ciri-ciri Modenas Elegan 250 EX
Modenas Elegan EX (2023) serba baharu ini dipacu enjin 4-lejang 2-injap silinder tunggal 249.1cc SOHC dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 22.1hp @ 7,000rpm, dan tork 22.4Nm @ 6,500rpm, manakala sistem transmisi automatik CVT.
Bagi menepati piawaian Euro4, skuter maksi ini didatangkan dengan komponen tambahan anti-pelepasan untuk meminimumkan emisi gas ekzos beracun, sekali gus menjimatkan penggunaan petrol.
Ia dilengkapi lampu depan projektor beserta lampu siang (DRL) LED. Lampu brek belakang tampil dengan rekaan abjad X, begitu juga dengan isyarat membelok LED, serta roda bersaiz 14 inci di hadapan dan 13 inci di belakang.
Aspek keselamatan pula terdiri daripada brek ABS dwi-saluran yang mengelakkan roda daripada terkunci dan membrek dengan selamat dalam apa jua keadaan.
Untuk kemudahan menunggang, Elegan 250 EX didatangkan dengan soket pengecas USB pada penutup hadapan dan menggunakan gabungan tolok analog untuk putaran kelajuan dan enjin manakala panel LCD monokrom diletakkan di tengah.
Panel LCD memaparkan maklumat sampingan seperti odometer, suhu enjin, bahan api, voltmeter, jam dan peringatan perkhidmatan enjin.
Berat untuk Elegan 250 EX ialah 198 kg dengan 12.4 liter bahan api dibawa dalam tangki yang terletak di bawah papan lantai. Waranti dua tahun atau 20,000 km diberikan terhadap kecacatan pembuatan.
Selain lampu depan, semua ciri asal Elegan 250 ABS dikekalkan pada skuter terbaru ini. Antaranya, panel meter digital multi-info dengan paparan maklumat spidometer, jam digital, petunjuk voltan bateri dan bar petrol.
Kelebihan
- Dengan berat 198kg, skuter ini tidak begitu ringan. Tetapi dengan pusat graviti yang rendah, perkadaran tipis dan pengendalian tangkas menjadikannya meluncur dengan mudah. Seperti kebanyakan skuter gaya maxi, ini bertujuan untuk menyaingi kereta dari segi keselesaan dan prestasi. Dari segi keselesaan, skuter ini berjaya.
- Model 2023 ini mempunyai lampu depan projektor yang lebih terang dengan LED Daytime Running Light (“DRL”). Ini meningkatkan kadar keterlihatan pada bila-bila masa sepanjang hari untuk kedua-dua penunggang dan pengguna jalan raya lain.
- Manakala lampu brek belakang berbentuk ‘X’ meningkatkan keterlihatan mesin semasa menunggang waktu malam.
- Soket pengecas USB yang dipasang secara strategik berhampiran bar hendal, membolehkan penunggang mengecas telefon pintar mereka semasa dalam perjalanan.
- Dilengkapi dengan waranti pembuatan selama dua tahun atau 20,000km.
- Memandangkan piawaian untuk enjin Euro 4 lebih ketat berbanding enjin Euro 3, maka model tersebut dilengkapi anti-pelepasan tambahan bagi memastikan toksin di dalam gas ekzos adalah seminimum mungkin apabila dilepaskan ke udara. Jadi, Elegan 250 EX baharu pastinya lebih menjimatkan bahan api dan mengurangkan pencemaran.