Harga Proton X70 Edisi 2022, Warna & Varian Terkini
Proton X70 2022 telah diumumkan. Ia hadir dengan enjin 1.5L TGDi 3 silinder dan ada juga pilihan AWD. Harga varian 1.8L TGDi 4 silinder kini RM3,900 lebih mahal daripada edisi terdahulu.
Secara keseluruhan, SUV ini masih kekalkan fizikaliti seperti sebelumnya. Ada beberapa perubahan kecil di luar dan dalam.
SUV terlaris di Malaysia kini diperkenalkan dengan enjin suntikan terus 1.5L TGDi, pengecas turbo, yang merupakan alternatif kompak baharu kepada enjin 1.8L TDGi yang biasa.
Jom kami kongsikan harga terkini bagi model yang ditambahbaik ini.
Harga Proton X70 2022
Berikut adalah harga rasmi keluarga Proton X70 2022:
- 1.5 TGDi Standard 2WD – RM93,900
- 1.5 TGDi Executive 2WD – RM105,500
- 1.5 TGDi Executive AWD – RM111,300
- 1.5 TGDi Premium 2WD – RM117,9000
- 1.8 TGDi Premium 2WD – RM121,800
Pelanggan mempunyai pilihan untuk memilih varian AWD, dilengkapi dengan Pacuan Empat Roda pintar masa nyata, yang secara automatik memindahkan tork ke roda belakang berdasarkan permintaan, disamping menambah baik pengendalian mengikut keadaan jalan yang berbeza-beza.
Berikut adalah output kuasa kedua-dua enjin yang bergandingan dengan DCT 7 kelajuan:
- 1.5L TGDi (3 silinder) – 177PS (175hp) dan 255Nm tork
- 1.8L TGDi (4 silinder) – 184PS (181hp) dan 300Nm tork
Pilihan Warna
Pilihan warna luaran untuk Proton X70 2022 adalah Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ruby Red, Cinnamon Brown dan Space Grey, ditawarkan mengikut varian yang dipilih.
Ciri-ciri Baharu
Dikemaskini dengan teknologi dan inovasi enjin terkini, enjin 1.5L TGDi telah dikaji selama lima tahun dan melibatkan lebih dari 100 pakar utama dalam kerjasama global dan menjalani ujian lebih 12 juta kilometer dalam keadaan dan iklim yang paling ekstrem dan tertekan.
Enjin yang sangat dipercayai dan terbukti di pasaran itu telah merekodkan lebih 750,000 unit di jalan raya di seluruh dunia dan boleh didapati di 22 negara dengan cuaca dan keadaan jalan raya yang pelbagai.
Dengan kecekapan lebih tinggi bagi setiap silinder dan enjin yang lebih padat, pilihan yang sesuai bagi pemandu milenium yang kontemporari, enjin 1.5L TGDi mencapai pengeluaran kuasa maksimum 177PS dan tork 255Nm, mencapai kemuncaknya lebih awal pada 1500rpm.
Berbanding dengan enjin 1.8L TGDi, terdapat pengurangan 7.0 peratus dalam penggunaan bahan api pada kitaran bandar.
Maklumat Lanjut
Untuk info lanjut, sila rujuk info di laman web rasmi Proton : https://www.proton.com/en/find-a-car/protonx70
Baca juga: