Jalan Kerap Berlubang, Lelaki Ini Tekad Tanam Pokok Pisang

Masalah jalan berlubang bukan lagi masalah baru. Di Malaysia ianya perkara biasa malah sering terjadi kemalangan akibat daripada jalan berlubang.

Seperti di Malaysia, tular di media sosial jalan berlubang di tanam dengan batu nisan. Lain pula ceritanya di Amerika Syarikat apabila jalan yang kerap berlubang di tanam pokok setinggi lebih 1 meter.

Seorang lelaki bernama Bryan Raymond tekad menanam pokok pisang di jalan berlubang di sepanjang Honda Drive yang terletak di selatan Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat.

Lelaki ini tekad untuk menanam pokok tersebut kerana sudah beberapa kali menampal simen pada lubang berkenaan namun tidak bertahan lama.

Selain itu, menurut lelaki itu lagi niatnya menanam pokok pisang terbabit adalah untuk memberi amaran kepada pengguna jalanraya terbabit.

Difahamkan Honda Drive adalah jalan persendirian. Menurut pejabat daerah di sana, penyelenggaraannya perlu dilakukan pemilik perniagaan di kawasan itu.

Tindakan lelaki terbabit mendapat sokongan daripada penduduk di sekitar bagi mengelakkan kemalangan.

“Saya suka, ia lucu. Patut ada banyak lagi,” kata seorang lelaki yang bekerja berhampiran kawasan tersebut.

Selain daripada mengundang kemalangan kepada pengguna jalan raya, jalan berlubang juga menjadi punca kesesakan lalu lintas dan boleh mengakibatkan kerosakan pada kenderaan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: