in

Apa Hukum Letak Pokok Dalam Tandas? Ini Penjelasannya

ADVERTISEMENT

APA HUKUM LETAK POKOK DALAM TANDAS?

Tidak dinafikan meletakkan tanaman di dalam rumah bagaikan sudah menjadi ‘trend’ pada waktu ini. Ada juga yang meletakkan pokok di dalam tandas.

ADVERTISEMENT

Namun begitu, ada pula segelintir orang kurang bersetuju dengan tindakan itu. Kata orang, tanam pokok dalam tandas tidak dibenarkan kerana ia juga berzikir. Sedangkan, umum mengetahui bahawa tandas itu sinonim sebagai tempat yang kotor.

Benarkah kita tidak boleh tanam atau meletakkan pokok hidup di dalam tandas? Apakah pandangan Islam tentang perkara itu?

Pokok dalam tandasYa, memang benar ALLAH SWT menciptakan makhluk-makhlu-NYA tanpa sesuatu yang sia-sia. Semua makhluk tidak kiralah tumbuhan, haiwan, langit dan bumi sentiasa berzikir memuji-NYA.

Betapa besarnya kekuasaan dan kebesaran ALLAH SWT yang menjadi Sang Pencipta kepada semua yang ada di muka bumi ini.

ALLAH SWT berfirman: “Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi ALLAH; dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-NYA; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya IA adalah MAHA PENYABAR, lagi MAHA PENGAMPUN.” (Suraj al-Isra’, ayat 44)

Dalam perkara berkaitan zikir, kita memang ditegah berbuat demikian di dalam tandas. Begitupun, larangan itu hanyalah tertakluk kepada manusia sahaja.

Memetik artikel Al-Kafi #1785: Hukum Meletak Pokok di dalam Tandas kerana Pokok itu Berzikir yang disiarkan menerusi laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, tegahan itu kerana manusia merupakan makhluk yang ditaklifkan dan dipertanggungjawabkan dengan hukum-hukum syarak.

“Dalam penjelasan istilah hukum itu sendiri memberi maksud perintah dan larangan ALLAH SWT yang tertakluk kepada perbuatan mukalaf iaitu mereka yang dipertanggungjawabkan sahaja.

“Oleh itu, jelaslah bahawa setiap sesuatu hukum itu hanya tertakluk dengan perbuatan dan tingkah laku hamba-NYA yang mukalaf dan dipertanggungjawabkan untuk melakukan ibadah, dengan mengikut apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang oleh ALLAH SWT berpandukan apa yang ditetapkan oleh syarak,” kata artikel berkenaan.

Pokok dalam tandas


TUMBUHAN tidak menerima beban hukum mengikut hukum syarak sebagaimana manusia. Justeru, harus hukumnya meletakkan pokok di dalam tandas.
Artikel tersebut turut menjelaskan, seseorang yang berzikir di dalam tandas, hukumnya adalah makruh. Ia sebagaimana yang dinyatakan dalam Kitab al-Futuhat al-Rabbaniah ala al-Azkar al-Nawawiyah bahawa makruh berkata-kata dan berzikir ketika sedang menunaikan hajat sama ada di padang pasir atau di dalam binaan.

Baca juga: Ini Barangan Yang Anda Boleh Guna Untuk Idea Deko Rumah Anda

Berdasarkan hujah berkenaan, jelaslah bahawa tumbuhan tidak menerima beban hukum mengikut hukum syarak sebagaimana yang diperintahkan ALLAH SWT kepada manusia.

Justeru, tidak salah menanam pokok di dalam tandas atau bilik air. Hukumnya adalah diharuskan. Bahkan, tiada nas atau dalil syarak yang melarang kita berbuat demikian.

Semoga penjelasan itu dapat meleraikan kekeliruan kita selama ini.

Sumber: Al-Kafi #1758: Hukum Meletak Pokok di dalam Tandas kerana Pokok itu Berzikir, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Baca juga: Cara Servis Aircond Rumah Sendiri. Barulah Sejuk Macam Baru!

Written by aisyah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Stylish Font Di Facebook Tanpa Apps

Fitbit Charge 5 Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia. Lebih Berkuasa!