Cara Periksa Keselamatan ‘Water Heater’ Dekat Rumah, Tekan 2 Butang Ni Je

Teringat nostalgia ketika kanak kanak dahulu di mana kita liat untuk mandi untuk ke sekolah kan? Mana tidaknya, air pada waktu pagi sememangnya sejuk. Baru mandi satu gayung dah menggigi!

Maka mak-mak kita pun jeranglah air pagi-pagi buta, nak bagi anak dia mandi air panas. Kalau tak memang berjam-jamlah tenung je air tu, tak berani nak jirus ke badan.

Tapi sekarang dah tak macam dulu. Kebanyakan rumah di Malaysia dah ada alat pemanas air atau water heater. Tak payah dah mak jerang air pagi-pagi macam zaman dulu-dulu. Tinggal petik suis je dah boleh mandi air panas.

Water heater ni dah sangat lazim dalam bilik air kita. Pun begitu, alat pemanas elektrik ni tetap perlu diselenggara secara berkala. Hal ini sangat penting bagi memastikan tiada kerosakan berlaku pada alat pemanas air dan ia selamat digunakan.

Melalui video yang diunggah di akaun TikTok @jambanking_kongmee_oe, lelaki ni kongsi cara nak periksa sama ada water heater selamat ke tak untuk digunakan. Cara nak periksa ni sangat mudah, anda boleh buat sendiri je kat rumah.

Pemeriksaan keselamatan water heater ni sebaiknya korang buat seminggu sekali.

Nak tahu macam mana nak check water heater okay ke tidak, tengok video penuh di bawah.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Cuci Karpet Tanpa Air, Guna Baking Soda Dan Pewangi Je!

https://www.tiktok.com/@jambanking_kongmee_oe/video/6988750335166778626?referer_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F&referer_video_id=6988750335166778626&refer=embed&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Sumber: TikTok jambaking_kongmee_oe

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: