Wanita Ini Kongsi Tips Mudah Cuci Karpet Tanpa Air, Guna Baking Soda Dan Pewangi Je!
Anda pernah tak basuh karpet tetapi mengambil masa beberapa hari untuk kering? Jika dibiarkan berjemur lama biasanya karpet tetap berbau hapak betul tak?
Mungkin terlalu banyak air yang terkumpul di dalam karpet sehingga menjadikan karpet berbau hapak.
Kalau karpet tidak kering dengan elok, ia akan mengeluarkan bau hapak yang sangat busuk sehingga menjejaskan bau di dalam rumah. Waktu itu, mulalah nak stres.
Jadi, kami hendak kongsikan satu tips daripada laman Tiktok ini sangat bermanfaat kepada semua orang terutamanya untuk suri rumah.
Perkongsian daripada laman Tiktok, Nismira ini menunjukkan cara dan tips mudah untuk korang memcuci karpet tanpa perlu menggunakan air. Mudah sahaja.
Katanya, fungsi penggunaan baking soda ini adalah untuk menghilangkan bau hapak dan beri bau kesegaraan pada karpet tersebut. Orang ramai tak perlu membasuh setiap minggu.
Jom kita lihat cara-caranya!
Baca juga: 6 Cara Wangikan Bilik Tidur Di Rumah, Confirm Hilang Bau Hapak & Kepam
1. Vakum terlebih dahulu
2.Campurkan baking soda dan pewangi
3.Sebarkan atas karpet dan tunggu 30 minit
4.Kemudian, vakum sekali lagi
Sumber: Tiktok _nismira