6 Cara Wangikan Bilik Tidur Di Rumah, Confirm Hilang Bau Hapak & Kepam

CARA MUDAH WANGIKAN BILIK TIDUR & RUMAH DENGAN BAHAN SEMULAJADI

Rumah yang rapi dan bersih pastinya menjadi dambaan semua orang kerana rumah merupakan tempat untuk kita beristirehat dan berlindung.

Namun, rumah yang bersih dan rapi sahaja tidak mencukupi untuk kita berasa tenang di rumah. Bayangkan ada bau-bau yang kurang menyenangkan terutamanya datang dari bahagian dapur dan bilik air, pasti situasi ini menjadikan kita berasa tidak selesa.

Untuk maklumat anda, haruman yang segar dan wangi mampu memberikan kesan positif kepada seseorang. Bukan itu sahaja, bau yang wangi memenuhi ruang rumah juga boleh menghidupkan suasana yang tenang dan menghidupkan mood yang baik.

Kali ini kami ingin kongsikan kepada anda cara untuk menyediakan haruman semulajadi yang boleh anda gunakan di ruangan rumah anda.

Mudah sahaja caranya dan barang-barang yang diperlukan pun boleh didapati di rumah sahaja.

Jom semak caranya di bawah!

Baca juga: Apa Hukum Letak Pokok Dalam Tandas? Ini Penjelasannya

6 Cara Wangikan Bilik Tidur & Rumah Guna Bahan Semulajadi

CARA 1:

Hirisan buah oren, kulit buah oren, buah cranberry, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan air, letakkan kesemua bahan-bahan ke dalam air mencukupi.

Didihkan di atas api yang sederhana dan dalam beberapa minit, rumah atau ruang itu akan dipenuhi dengan aroma hangat, bersih dan menyegarkan.

CARA 2:

Anda boleh juga mencuba menggunakan daun pandan. Selain dimasukkan dalam masakan untuk aroma wangi, pandan juga boleh dijadikan wangian semula jadi dalam rumah.

Ibarat seperti bunga rampai, hirisan daun pandan mampu memberi aroma harum semerbak di bilik tidur, bilik air, almari pakaian dan laci untuk tempoh dua minggu.

CARA 3:

Selain itu, kelopak bunga mawar diracik halus dan dicampur bersama daun pandan menjadi bunga rampai.

Masukkan campuran bahan ini dalam bekas khas untuk dijadikan potpourri semula jadi.

cara wangikan bilik air

CARA 4:

Sering digunakan dalam bahan asal essential oil, serai wangi atau citronella ini memiliki pelbagai khasiat untuk pengguna.

Selain menghasilkan aroma yang menyegarkan, serai wangi juga berupaya menghalau nyamuk dan serangga.

cara wangikan rumah

CARA 5:

Campurkan 1/4 cawan Downy Unstopbles dengan 4 sudu baking soda dan satu cawan air panas.

Biarkan kesemuanya larut bersama lebih kurang 30 minit. Larutan dituang ke dalam botol dan anda dah boleh sembur sekitar rumah.

cara wangikan bilik tidur

CARA 6:

Hanya sediakan lidi buluh, balang dan minyak pati kegemaran anda. Isikan balang dengan minyak pati pilihan dan kemudian isi selebihnya dengan minyak bayi.

Ia akan menyerap ke dalam lidi buluh dan meninggalkan bilik anda bau yang cukup nyaman.

cara wangikan bilik

Semua bahan-bahan yang anda perlukan sememangnya ada di rumah sahaja. Selepas ini boleh lah cuba buat sendiri di rumah.

Mana tahu pewangi yang anda buat sendiri lebih harum daripada pewangi yang anda biasa beli.

Oh ya, anda juga boleh gunakan cara ini untuk wangikan bilik air dan mana-mana bahagian rumah juga.

Selamat mencuba!

Baca juga: 6 Tips Hias Bilik Jadi Workstation. Confirm Terus Jadi Produktif!

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: