8 Barang Yang Perlu Ada Untuk DIY Wainscoting Dinding Rumah

Rumah yang cantik memang idaman semua orang. Namun untuk mendapatkan khidmat pakar rekaan dalaman pasti memerlukan kos yang tinggi. Itu baru sahaja mendapatkan servis rekaan belum lagi kos operasi.

Namun muktakhir ini ramai orang sudah mula mengambil langkah berani untuk mencuba membuat sendiri hiasan dinding yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia iaitu wainscoting dindin rumah gaya Inggeris.

Untuk anda yang ingin mencuba sendiri wainscoting dinding rumah anda, beberapa barang yang perlu ada untuk pastikan hasil anda menjadi dan cantik. Berikut kami senaraikan barang yang perlu ada untuk DIY wainscoting dinding rumah:

1 – Kayu Frame Skirting Wainscoting

Kayu frame ini adalah perkara paling utama untuk membuat wainscoting dinding rumah. Ada pelbagai jenis bentuk bunganya. Anda boleh pilih mengikut citarasa dan kesesuaian dinding rumah anda.

2 – Construction Adhesive Sealant

Untuk melekatkan frame kayu tadi ke dinding rumah anda, tidak perlukan paku namun hanya gunakan gam sahaja sudah cukup kuat dan bertahan lama.

3 – Tile Reform

Tile reform ini digunakan untuk menutup rongga-rongga antara frame kayu dengan dinding rumah anda. Ini kerana dinding rumah tidak semestinya rata dan jika rongga tidak ditutup maka hasilnya tidak akan cantik.

4 – 45/90 Degree Miter Box Wood Cutting

Mitre box adalah pilihan sahaja jika anda mahukan hasil yang lebih cantik. Ini kerana jika anda menggunakan mitre box ini, potong frame kayu anda akan konsisten. Hasilnya apabila anda menggabungkan frame kayu anda membentuk segi empat, ianya akan lebih sempurna.

5 – Gergaji Kayu

Gunakan gergaji kayu untuk memotong frame kayu anda. Pastikan anda tidak menggunakan gergaji untuk memotong besi ya.

6 – Cat Dinding

Selepas frame kayu anda kering dan kukuh didinding rumah, boleh lah mulakan dengan mengecat dinding rumah anda termasuk dengan frame kayu yang anda buat tadi untuk nampakkan hasil yang terakhir.

7 – Wallpaper Dinding Rumah

Jika anda mahukan kelainan, bahagian atas dinding boleh dipasangkan wallpaper seperti gambar di bawah ini. Nampak cantik bukan?

8 – Wainscoting Foam

Jika anda ingin berjimat, anda juga boleh menggunakan wainscoting jenis foam. Selain ianya murah, malah lebih mudah untuk dipasang.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: