3 Tahun Menabung Duit Syiling Dalam Tong Air, Pasangan Ini Berjaya Beli Kereta Toyota
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit. Pepatah ini seringkali dikaitkan dengan menabung ataupun melakukan sesuatu perkara. Namun untuk mengaplikasikannya di dalam kehidupan bukanlah perkara yang mudah.
Tetapi perkara ini telah berjaya dibuktikan oleh sepasang suami isteri yang berasal daripada Makassar, Indonesia. Siapa sangka, hasil tabungan duit syiling yang disimpan di dalam tong air akhirnya menjadikan mereka berjaya memiliki kereta berjenama Honda.
Menurut sumber portal Detik News, Asriadi Syasmsuddin dan isterinya Ratna mula menabung duit syiling tersebut sejak September 2018 lalu. Pasangan ini mula menabung bagi tujuan untuk membeli kereta idaman mereka iaitu Toyota Rush.
Baca juga: Kisah Wanita Berjaya Simpan RM3,000 Sebulan Selepas Ikut 4 Langkah Ini
Menurutnya pasangan yang juga peniaga ini, mereka akan menyimpan duit syiling yang diperoleh hasil pemberian baki pelanggan. Selain itu, jika mereka jumpa duit syiling di dalam rumah mereka, wang tersebut akan dimasukkan dalam tabung tong air itu.
Saya tak pernah kira berapa jumlah kesemua wang syiling tersebut,” katanya.
Asriadi hanya mengeluarkan wang tersebut setelah duit di dalam tong air itu telah penuh. Sejak September 2018 sehingga hari ini, Asriadi dan Ratna telah berjaya mengumpul sembilan tong air yabg berisi duit syiling dan duit kertas.
Pasangan ini kemudiannya ke pusat jualan kereta untuk membeli kereta yang diinginkan. Sebelum menggunakan duit syiling sebanyak 160 juta rupiah (RM46,855) untuk membayar kereta, Asriadi telah terlebih dahulu membayar wang pendahuluan yang tidak didedahkan jumlahnya sebab kereta itu bernilai 271 juta rupiah (RM79 ribu).
Apa yang lebih menarik, pengurus pusat jualan kereta tersebut turut menyambut baik kedatangan pasangan ini walaupun ini merupakan kali pertama mereka menerima bayaran menggunakan duit syiling.
Sumber: Detik News