in

Arkitek Muda Ini Bertuah Dapat Masuk Istana Negara Disebabkan Karya

Teme Abdullah Arkitek Muda Bertuah Dijemput Ke Istana Negara

Nama Teme sudah mula jadi idola warganet sejak 2016 lagi sebenarnya.

Bagi peminat seni seperti lukisan dan buku, mereka pasti kenal sebab Teme popular disebabkan skil sketching yang bukan biasa-biasa punya level dan buku kisah hidup berjudul ‘Pelukis Jalanan’.

Kalau anda masih ingat, hasil seni sketching anak muda ini pernah masuk dalam 9GAG disebabkan gaya lukisan yang terhasil sangat ‘rare’.

Baca: Urban Sketching Level (Asian)

Bangga dengan pencapaian Teme, dalam tahun ini juga anak muda berkelulusan Unversiti dari United Kingdom yang juga penulis buku mendapat pengiktirafan apabila dijemput Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong yang berkenan mahu melihat sendiri karyanya.

The rest is history …

Limited Edition: 22,222 T-Planner Dapat Sambutan Luarbiasa

Undangan di luar jangkaan untuk menghadap Baginda berdua di Istana Negara memberi peluang dan kenangan manis untuk Teme sampaikan sendiri cetakan yang pertama dan kedua T-Planner sebagai hadiah istimewa darinya.

Potret: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Potret: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Lukisan Potret Teme Menarik Perhatian Yang di-Pertuan Agong & Raja Permaisuri Agong

“Kacak dan berbudi bahasa…”

Itu gambaran yang mampu Tunku Azizah berikan sebagai ‘hint‘ pada semua pengikut Teme dan netizen yang tak berpeluang melihat wajah sebenar Teme yang memilih untuk buat ‘putaran’ pada wajah supaya kabur.

Baca: Bertemu arkitek misteri berwajah kabur, Tunku Azizah simpan rahsia…

Kredit Instagram @itsteme

Lukisan Teknik Garisan Tanpa Penggunaan Pensel Atau Pembaris Mendapat Perhatian Baginda Berdua Kini Terhias Indah Di Istana

https://www.instagram.com/p/B2TYN9EJwts/

Ia Kekal Dongeng … Jika Engkau Tidak Mula Berjalan.”

Teme Abdullah

Bagi yang belum kenal siapa Teme Abdullah boleh singgah Instagram @itsteme untuk hayati sendiri kelainan lukisan yang Teme hasilkan dari dulu hingga sekarang.

What do you think?

Written by madam b

Sharing is something. That something is amazing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Nak Beli Kereta? Ini Senarai Kereta Resale Value Tinggi Di Malaysia Selepas 5 Tahun

Cara Tempah Hotel Harga Murah

Nak Book Hotel Harga Murah? Ini Cara Yang Anda Wajib Tahu