Cikgu Viral Buat Hal Lagi, Jawab Soalan Addmath Bawah 10 Saat Pergh
Jika ditanya kebanyakan pelajar mahupun bekas pelajar yang pernah belajar ambik subjek matematik tambahan semasa sekolah menengah, pasti pernah kemurungan dan rasa macam nak hentak kepala apabila menjawab soalan-soalan berkaitan subjek matematik tambahan.
Melainankan anda memang seorang pakar matematik, anda pasti setuju dengan kenyataan semua orang bahawa Add Math adalah satu subjek yang memang pecah otak.
Subjek matematik tambahan juga di anggap antara subjek killer yang akan membunuh keputusan peperiksaan SPM pelajar-pelajar yang mengambil peperiksaan untuk subjek ini.
Dikebanyakan sekolah menenagah jenis kebangsaan, kebiasaanya pelajar tidak mempunyai pilihan untuk memilih subjek yang digemari.
Rata-ratanya pelajar bijak pandai bedasarkan keputusan peperiksaan semasa tingkatan tiga akan dimasukkan ke kelas hadapan, dan pelajar-pelajar ini diwajibkan untuk mengambil salah satu subjek antara satu subjek tersebut ialah matematik tambahan.
Subjek matematik tambahan juga agak berlainan berbanding matematik biasa. Kerana ianya melibatkan rumus,formula yang belum pernah dipelajari sebelum ini. Berbanding matematik yang langkah kerjanya banyak kepada “+” “-” “x” dan ” ÷”
Mungkin juga disebabkan pelajar kurang minat dengan subjek ini membuatkan ia terasa seperti susah.
Selain dari diri pelajar itu sendiri, cikgu subjek matematik tambahan juga akan memberi sedikit sebanyak pengaruh kepada pelajar untuk menguasai subjek tersebut.
Baru-baru ini Cikgu Viral tular lagi dan menjadi perbualan hangat di social media, kisah mengenai seorang cikgu yang secara slumber menjawab beberapa soalan matematik tambahan menerusi satu filter di Instagram.
Video tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dan telah meraih perhatian ramai.
Menariknya Cikgu Viral atau nama sebenarnya Fathi Hussein, menjawab beberapa soalan yang diajukan dengan sanggat pantas dalam masa kurang dari 10 saat dan tanpa bantuan mesin kira-kira.
Memang laju betul Cikgu Fathi ini menjawab soalan! Video tersebut telah meraih lebih 1 juta tontonan dan 55,400 retweets serta 63,900 likes.
Selain kehebatan cikgu fathi ni dalam subjek matematik tambahan, beliau juga merupakan seorang yang cukup dikagumi.
Dengan gayanya yang mengajar dengan cara cukup santai dan mudah, sehingga banyak video-video beliau sering menjadi perhatian dan tular di sosial media.
Ini pula kami kongsikan satu lagi video yang mana Cikgu Fathi sedang mengajar matematik berlatar belakangkan ladang teh yang pernah tular di sosial media.
Video berdurasi kurang dari satu minit itu meraih lebih 508,000 tontonan dan 15,100 retweets serta 21,600 likes.
“Apa guna ilmu tinggi jika adab separas kaki”, nasihat yang cukup deep. Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:
Dalam video tersebut Cikgu Viral sempat memberikan nasihat yang sangat mendalam. Di katakan juga pesanan Cikgu Fatih tersebut ditujukan untuk pelajar-pelajar yang nakal dan kurang adab.