“Kalau Saya Sakit Bahu, Anak Saya Sakit Kanser” – Al Jufferi Jamari

Saya kuat sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser, sebab dia umur 2-3 tahun dah kena kanser – Al Jufferi Jamari

Jaguh Silat Negara dan juara dunia tiga kali Malaysia, Mohd Al Jufferi Jamari telah menyentuh hati ramai rakyat Malaysia dalam pertarungannya cukup yang membakar semangat.

Ketika mengalami kecederaan bahu pada peringkat Suku Akhir menentang Indonesia, beliau bangkit dan tetap melawan walaupun mata jauh ketinggalan dan menang dalam pusingan tersebut untuk mara ke Separuh Akhir.

Beliau menunjukkan semangat juang tinggi dan tidak mudah menyerah kalah.

https://twitter.com/ASTROARENA/status/1525717130317967360

Walaupun kemudiannya beliau tewas di pusingan seterusnya iaitu di separuh akhir kerana terpaksa beraksi dalam kesakitan dan masih dibelenggu kecederaan bahu, beliau tetap berjuang hingga ke akhir perlawanan.

Ketika dispute penolakan mata kontroversi pada saat-saat akhir, beliau menghormati keputusan pengadil dan akur tanpa membantah, bahkan riak wajahnya tenang dan sama-sama meraikan kejayaan pihak lawan.

https://twitter.com/SykrhZlkfly/status/1525703893484613632

Ini sebenarnya penampilan sulung beliau dalam kategori F (70kg-75kg). Sebelum ini, beliau bertempur dalam kategori E (65kg-70kg dan telah menjadi juara dunia sebanyak tiga kali.

Dalam sebuah temubual dengan Astro Arena, katanya, beliau harus menjadi kuat kerana anaknya yang masih kecil tabah dalam menghadapi kanser meskipun baru berusia 3 tahun.

https://twitter.com/ASTROARENA/status/1525741222060384256


Sama-sama kita doakan kesembuhan kepada jaguh kita ini dan anaknya inshaa Allah
Teruskan perjuanganmu !

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: