7 Keperluan Wajib Untuk Mulakan Kebun Hidroponik Sendiri
Anda berminat untuk menceburi bidang bercucuk tanam tapi tak ada tanah ladang yang luas? Jangan risau kerana anda boleh bercucuk tanam dengan menggunakan sistem hidroponik.
Penanaman secara hidroponik ialah satu teknik menanam sayuran tanpa menggunakan tanah. Sayur-sayuran yang ditanam menggunakan sistem hidroponik ini hanya menggunakan air yang dicampur dengan larutan baja sebagai medium. Sangat menjimatkan ruang dan memudahkan terutamanya untuk penduduk yang tinggal di kediaman bertingkat.
Penanaman hidroponik hendaklah ditanam jauh dari kawasan terbuka bagi mengelakkan cuaca hujan . Hal ini dilakukan untuk mengelakkan larutan baja daripada dimasuki air hujan. Namun begitu tanaman tetap memerlukan cahaya untuk tumbesarannya. Dari itu anda boleh memasang bumbungnya plastik lut sinar supaya cahaya matahari yang cukup dapat menembusinya.
Berikut kami senarai keperluan wajib untuk mulakan kebun hidroponik sendiri:
1 – Takungan Hidroponik
Kebiasaan ukuran takungan air ini bersaiz 55cm (panjang) X 41cm (lebar) x 13cm (tinggi). Saiz yang sesuai untuk diisi air sebanyak 20 liter. Kebanyak takungan seperti ini diperbuat daripada plastik polypropylene copolyner di mana jenis ini tidak menyerap cahaya, kalis cahaya dan permukaan dalam yang licin bagi tujuan mudah di cuci dan tidak lekat pada kotoran.
2 – Penutup Polisterin
Penutup polisterin yang datang bersama dengan bekas takungan akan berukuran 55cm (panjang) x 41cm (lebar) dan mempunyai 8 lubang. ianya berfungsi menghalang kemasukan cahaya tetapi membenarkan kemasukan udara ke dalam takungan air. Warnanya adalah putih kerana pemantulan cahaya terhadap warna putih akan memastikan proses fotosintesis.
3 – Bakul Media
Bakul media ini mestilah sama saiznya dengan lubang penutup polisterin. Selalunya akan bersaiz 5 cm (lebar) x 5cm (tinggi). Lubang yang terdapat di sekeliling tepi bakul tersebut adalah berperanan menggalakan kemasukan udara tetapi tidak bagi cahaya. Lubang – lubang kecil yang berada disekeliling bawah bakul tersebut adalah untuk pertumbuhan akar dan juga cengkaman untuk menahan sayur daripada rebah.
4 – Benang Media
Benang adalah media pertumbuhan yang menjadi pengganti tanah di dalam sistem penanaman sayur cara hidroponik. Fungsi benang adalah untuk menyerap air baja dan sebagai tempat biji benih di dalam bakul
5 – Baja Hidroponik
Pelbagai jenis baja hidroponik dijual dipasaran atas talian Ada yang berbentuk bijian dan ada yang jenis cecair. Ianya boleh digunakan untuk 10 kali tuaian hasil tanaman. Baja hidroponik mengandungi konsep ‘chelating agent’ terutamanya ‘humates’ yang membolehkan Fe diambil oleh akar-akar pokok.
‘Chelating agent’ ini dapat mengurangkan kesan peningkatan tinggi pH oleh bicarbinate yang terdapat di dalam baja dan juga membantu pengambilan nutrien oleh akar sayur. ‘Humates’ juga berperanan mencegah keracunan Cu dan Fe terhadap tanaman.
Jika baja tidak mempunyai ‘chelating agent’, Fe akan menjadi pepejal ( prepicitate) pada dasar takung takung.
6 – Cawan Penyukat (250ml)
Ciri sukatan air yang bagus adalah bersaiz 7cm (lebar) x 8cm (tinggi) dan berupaya mengukur sukatan 250 ml isipadu (lab standard beaker measurement). Tujuan menggunakan sukatan air adalah untuk memudahkan pengguna untuk menyukat baja dan air. Sukatan baja adalah penting bagi mendapatkan pertumbuhan pokok sayur yang terbaik.
7 – Biji Benih
Pelbagai jenis tanaman yang boleh ditanam menggunakan sistem hidroponik ini. Anda boleh membeli biji benih tanaman mengikut citarasa pokok apa yang anda ingin tanam.