in

Kemana Hilangnya Sos Aminah Hassan? Selepas Jatuh Kerana Berita Palsu

Sos Cili Aminah Hassan

Pernah guna sos jenama Aminah Hassan ? Kepada peminat sos cili jenama Aminah Hassan, difahamkan kini, sos ini telah mula dijual semula di beberapa lokasi sahaja dan anda boleh dapatkan sos cili ini untuk nikmati rasa sos cili ‘legend’ ini.

Kisah Jatuh Bangun Sos Aminah Hassan

Jenama Aminah Hassan di asaskan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Bermula daripada sos cili kemudian tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Perniagaan ini telah bermula secara kecil-kecilan sejak tahun 1966 lagi.

Bermula di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos. Sehinggalah perniagaan ini semakin maju dan berkembang dengan jenama Sos Aminah Hassan.

Setelah pengasas produk ini meninggal dunia, perniagaan ini disambung dan diteruskan oleh anak arwah Hajjah Aminah bersama Haji Hassan.

Selain mengeluarkan produk sos cili, jenama Aminah Hassan ini berkembang dengan mengeluarkan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Kemana Perginya Sos Aminah Hassan

Bagi peminat-peminat Sos Aminah Hassan, pasti perasan jenama ini pernah hilang di pasaran buat beberapa ketika sehingga sukar untuk menemukan jenama sos ini lagi.

Inilah sejarah hitam yang telah mencetuskan kejatuhan kepada jenama yang telah di asaskan oleh arwah Hajjah Aminah.

Ianya bermula selepas pengasasnya meninggal dunia. Kemudian khabar angin kononya sos tersebut telah di jual dan dimiliki oleh syarikat bangsa asing.

Ekoran berita palsu tersebut, produk sos Aminah Hassan tidak lagi mendapat sambutan yang rata-ratanya adalah dari kaum bumiputera melayu dan akibatnya operasi terpaksa ditutup akibat mengalami kerugian.

Rahsia Resepi Sos Aminah Hassan

Setiap produk yang mempunyai peminat tersendiri, sudah pasti mempunyai ramuan rahsia yang menjadikan sesuatu makanan itu mempunyai rasa unik dan tersendiri.

Begitu juga dengan Sos Aminah Hassan. Ianya mempunyai ramuan dan bahan tersendiri.

Bayangkan sos ini telah berusia 55 tahun. Pasti ada ramuan rahsia yang menyebabkan ianya mempunyai peminat yang tersendiri.

Pastikan anda dapatkan sos Aminah yang asli untuk rasa keunikanya

Sos Aminah Hassan Kini Boleh di Dapati Dipasaran

Setelah sekian lama menanti, terbaharu anak allahyarhamah Hajjah Aminah yang kini diterajui Noor Aini Hassan dan suaminya Zainal Abidin Abdullah muncul membuat pejelasan sebenar.

Syarikat Amisan Products (M) Sdn Bhd adalah syarikat yang bertanggungjawab
menggeluarkan produk jenama Aminah Hassan. syarikat ini adalah milik bumiputera muslim yang sudah tentunya mengeluarkan produk yang HALAL sahaja.

Beliau menjelaskan khabar angin yang telah tersebar mengenai penjualan dan pemilikan syarikat tersebut dijual kepada bangsa asing adalah tuduhan dan berita palsu yang tidak berasas.

Pihak syarikat menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibeli pihak lain tetapi hanya menghentikan operasinya seketika.

Kepada pengemar sos cili jenama Aminah Hassan yang telah lama tercari-cari, kini anda boleh dapatkan semula. Ianya telah mula dijual semula di beberapa lokasi.

Beli sos cili jenama Aminah Hassan, tanda sokongan kepada produk keluaran bumiputera tempatan sekaligus dapat membantu memperkasan sektor indsutri anak tempatan untuk berdayasaing setanding dengan produk keluaran luar negara.

What do you think?

Written by junaidy

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0
Panduan Melabur Di Bursa Malaysia

Ruginya Tak Tahu! Ini Perkongsian Panduan Pelaburan Di Bursa Malaysia

Untuk Dapatkan Apa Kamu Suka Kamu Harus Sabar Dengan Apa Kamu Benci

Lupakan Stres! Kerana Perkataan ‘Sabar’ Diulang 90 Kali Dalam Al-Quran