in

Viral Video Anak 10 Tahun Pandu Kereta, Ibu Bapa Serah Diri Ke Balai Polis

ADVERTISEMENT

Sebuah video rakaman seorang kanak-kanak berusia 10 tahun memandu kereta Perodua Kancil untuk ke sekolah menjadi tular di media sosial.

Video berdurasi 9 saat tersebut pada awalnya dimuatnaik ke TikTok sebelum turut menjadi viral di Facebook dan media sosial lain.

ADVERTISEMENT

Menurut caption pada video tersebut, anak berusia 10 tahun ini memandu kereta kerana ibunya lambat bersiap untuk menghantar mereka ke sekolah.

Penumpang di dalam kereta itu termasuklah kakak dan adik-adiknya.

Rata-rata video itu menerima kecaman hebat oleh netizen.

Ramai berpendapat bahawa ia adalah tindakan yang kurang bijak, bahkan boleh membahayakan nyawa orang lain jika berlaku sebarang kecelakaan susulan insiden kemalangan maut pemotong rumput yang dilanggar oleh anak bawah umur yang memandu MPV sebelum ini.

Menyedari video anak lelakinya berusia 10 tahun memandu kereta tular dan disiasat polis, pasangan suami isteri menyerah diri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pasangan suami isteri itu bersama tiga anaknya tampil ke IPD Pontian, 10 pagi hari ini, untuk membantu siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan berdasarkan video tular di Facebook kelmarin yang memaparkan kanak-kanak lelaki memandu kereta Perodua Kancil dengan dua kanak-kanak lain duduk di bahagian hadapan kenderaan itu.

“Kejadian itu berlaku 7 pagi Selasa lalu (kelmarin) di pekan Nanas di sini, ketika mereka bersiap ke sekolah.

“Ibu kepada tiga kanak-kanak berkenaan mengakui [email protected] 1 yang memaparkan video itu adalah akaun miliknya,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

“Ibu bapa atau penjaga yang membenarkan kanak-kanak di bawah umur memandu kenderaan boleh didakwa mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

“Selain itu, pemilik kenderaan berkenaan boleh disaman mengikut Seksyen 39 (5) APJ 1987, ” katanya.

Baca juga: Orang Awam Patahkan Cubaan Culik Budak Sekolah Di Johor

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

tarikh bayaran bkm

Tarikh & Kadar Bayaran BKM Fasa 2, 3 & 4 Yang Akan Diterima

Lima rentung: Pemandu treler miliki 9 rekod kesalahan JPJ