Untung Siapa yang Makan Jantung Pisang. Ini 3 Khasiat Jantung Pisang!
Rupa-rupanya banyak khasiat dalam sebiji jantung pisang.
Kita je tak tahu banyak zat dalam sebiji jantung pisang.
1. Awet Muda
Jantung pisang kaya dengan Vitamin C.
Ciri-ciri antioksidan ada di dalamnya di mana ia membantu kurangkan stres kepada badan.
Kurang stres, lambat proses penuaan terjadi.
2. Bantu Relaks
Kandungan magnesium yang terdapat dalam sebiji jantung pisang dapat membantu badan jadi relaks dan tenang.
Bila tenang, kita pun dapat tidur dengan lena.
keesokan paginya kita makin bertenaga dan lebih segar.
3. Mencegah Anemia
Zat besi yang tinggi di dalam jantung pisang boleh membantu mereka yang menghidap anemia.
Anemia selalu berlaku di dalam kehamilan.
Maka ibu hamil, boleh cuba makan jantung pisang.
Pastikan basuh dan masak sebaiknya.
Banyak cara masakan untuk jantung pisang ini. Kita tengok resipi kerabu istimewa ini.
Resipi Jantung Pisang
Resipi Jantung Pisang oleh Azie Kitchen.
Bahan bahan:
1 biji jantung pisang
1/2 cawan ikan bilis kecil – goreng ranggup
1 biji bawang besar
Kelapa parut – goreng
Garam
Gula
Jus limau nipis secukupnya
Bahan tumbuk:
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2-3 biji cili merah
1 inci belacan dibakar
Cara cara:
Kopek jantung pisang sampai ke bahagian yang lembut. Hiris jantung pisang nipis nipis dan rendam dalam air bersama sedikit garam dan diramas sedikit. Masak air dalam periuk sampai mendidih dan masukkan jantung pisang tadi. Masak sehingga jantung pisang empuk lembut. Tos dan ketepikan dulu.
Satukan bahan tumbuk bersama jantung pisang, kerisik, ikan bilis goreng, bawang hiris dan jus limau nipis secukupnya. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap!