Cara Tukar Nama Kenderaan Secara Online (MySikap JPJ)
TUKAR NAMA KENDERAAN DI HUJUNG JARI (untuk motosikal sahaja).
Selesai jual motor semalam, kena la buat tukar nama. Kebetulan aku dah ada MySikap, memang mudah la.
Bagi yang belum ada MySikap boleh daftar dulu. Simple je.
(Rujuk sini: MySikap JPJ: Panduan Daftar Pengguna Kali Pertama Tanpa Ke Kaunter)
Jom nak share cara tukar nama kenderaan (motosikal) di MySikap secara online.
LANGKAH 1
Login MySikap > public.jpj.gov.my
LANGKAH 2
Pilih Kenderaan
LANGKAH 3
Pilih Penukaran Hak Milik (Pemilik Berdaftar)
LANGKAH 4
Masukkan no.plat kenderaan
Masukkan no.Mykad & emel pemilik baru
Selesai!
Kalau pemilik baru pun ada MySikap, dia pun buat step yang sama, cuma no.3 tu pilih Pemilik Baru.
LANGKAH 5
Bayar duit proses online & selesai.
Kemudian boleh pergi JPJ bila-bila pun untuk print geran baru.
TAPI
Kalau pemilik baru TAKDE MySikap, pun takde masalah. Dia pergi je ke JPJ mana² pun dalam masa 7 HARI (selepas pemilik berdaftar selesaikan step kat atas & terima bukti proses – gambar last) untuk thumbprint & print geran baru. Kalau lebih 7 hari, aku kena buat semula.
Geran tak kisah berapa lama nak print, korang tak nak print pun boleh kalau takde keperluan sebab semuanya dah update dalam sistem, nak renew roadtax insurans pun sekarang tak perlu geran. Tapi kalau kata nak kabo kat orang GERAN DI TANGAN, pi la print
Mudah kan. So kalau korang ada berurusan kat JPJ, register sekali MySikap. Nak register kali pertama kena pergi kaunter sebab kena thumbprint, pastu segala urusan boleh buat online.
Takyah susah² beratur, boleh buat tukar nama sambil baring atas katil ataupun dalam jamban
Sumber asal: Ahmad Hafidz