Axia E Manual 2023: Spesifikasi, Harga Bulanan & Kelebihan
Perodua Axia E Manual 2023 ~ Sekiranya anda sedang mencari sebuah kereta mampu milik, ini berita baik untuk anda!
Tahukah anda, Perusahaan Otomobil Kedua Sendirian Berhad (Perodua) telah memperkenalkan kereta keluaran terbaru mereka yang dikenali sebagai Axia E baru-baru ini.
Menariknya, model versi transmisi manual ini ditawarkan pada harga hanya RM22,000 sahaja atas jalan, tanpa insurans.
Nak tahu lebih lanjut mengenai Perodua Axia E 2023 ini? Mari teruskan membaca!
Perodua Axia E Manual 2023 (Axia Rahmah)
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) baru sahaja melancarkan model baharu Axia E bertransmisi manual dengan harga mampu milik, RM22,000 tanpa insurans.
Model terbaru Perodua Axia E 2023 ini lebih murah berbanding Axia keluaran 2019 (RM24,090) dan jauh lebih murah daripada varian termurah model Axia 2023 serba baharu (RM38,600). Ini menjadikan Axia E sebagai model paling murah pernah diperkenalkan oleh PERODUA sejak model pertamanya, Kancil, yang dilancarkan pada Ogos 1994.
Sasaran utama Perodua Axia E 2023 ini adalah untuk kumpulan berpendapatan rendah. Axia E dikatakan sebahagian daripada objektif asal Perodua untuk menyediakan mobiliti mampu milik dan berkualiti untuk semua rakyat Malaysia.
Dengan bayaran balik bulanan lebih kurang RM300 berdasarkan tempoh pinjaman tujuh tahun, Axia E 2023 ini lebih murah dan berbaloi untuk dimiliki berbanding beberapa jenis model motosikal yang sedang dijual.
Axia E telah mula dibuka untuk tempahan dan penghantaran dijangka akan dapat dilaksanakan dalam tempoh beberapa hari selepas tempahan. Axia Rahmah ini dijangkakan bakal menjadi pilihan ramai terutamanya buat individu yang ingin memiliki kenderaan sendiri dengan kemampuan yang sederhana.
BACA JUGA: Perodua Axia Terbaru 2023, Harga Terkini & Cara Menempah
Fakta Mengenai Perodua Axia E Manual 2023
1. Reka Bentuk
Dari segi reka bentuk, Perodua Axia E 2023 kelihatan hampir sama dengan Perodua Axia E 2019 kecuali ia mempunyai reka bentuk bumper yang seperti model tahun 2017.
Perodua Axia E 2023 masih menggunakan enjin 1.0 liter 3-silinder 1KR-VE DOHC 12V VVT-i sama yang dipadankan dengan transmisi manual 5-kelajuan. Enjin itu menghasilkan kuasa 50kW (67hp) dan tork 91Nm. Dengan tangki bahan api 33 liter dan berat kerb 825kg, mempunyai kecekapan bahan api dengan kadar 22.5 km seliter.
2. Transmisi Manual
Perodua Axia E 2023 ini menggunakan transmisi manual dengan 5 kelajuan. Ini menjadikan ia pilihan transmisi manual tunggal keluaran Perodua sekarang. Dengan harganya yang murah, Axia E dilihat sebagai salah satu pilihan kenderaan yang sesuai untuk sekolah memandu terutamanya untuk lesen kereta manual.
3. 4-bintang Asean NCAP
Walaupun tidak mempunyai ABS (Anti-lock Braking System), EBD (Electronic Brake Distribution), kawalan kestabilan (VSC) atau Kawalan Cengkaman (TC), Axia E 2023 masih berjaya mendapat penarafan 4-bintang Asean NCAP daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).
Ciri keselamatan yang disediakan adalah yang benar-benar asas seperti dua beg udara, ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak, sistem peringatan tali pinggang keledar untuk pemandu dan beberapa yang lain.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan pendingin hawa, power steering dan power window.
4. Pilihan Warna
Ia datang dengan pilihan 3 warna iaitu Granite Gray, Glittering Silver dan juga Ivory White.
5. Harga
Bagi model Axia E 2023 ini, PERODUA memperkenalkan harga jualan yang sama untuk seluruh Malaysia berbanding kebiasaan sebelum ini harga jualan Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah berbeza.
Bermula dengan harga serendah RM22,000 tanpa insurans dan ansuran bulanan dalam anggaran RM250-RM300 sahaja, ia sememangnya berbaloi untuk dimiliki!
BACA JUGA: Cara Tempahan, Spesifikasi & Harga Perodua D55L Ativa (Dari RM62,500)
Tempahan & Maklumat Lanjut Axia E Manual 2023
Sekiranya anda berminat untuk membuat tempahan, sila berkunjung ke showroom terdekat PERODUA berdekatan anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh boleh layari laman web rasmi Perodua di pautan berikut : https://www.perodua.com.my/
Anda boleh rujuk spesifikasi penuh & perbandingan model Perodua Axia di pautan berikut: https://www.perodua.com.my/our-models/axia.html