Kereta Polis Guna BMW M3 G80 Tarik Perhatian Netizen

Kegunaan kereta berkuasa besar untuk kegunaan pegawai kerajaan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah perkara yang biasa kita lihat di Malaysia.

Sebelum ini pihak PDRM pernah menerima 28 kereta peronda polis jenis Honda Civic 1.8 bagi menggantikan sebahagian jentera MPV sedia ada yang sudah rosak.

Ianya tidak lain tidak bukan adalah untuk kegunaan keselamatan dan keamanan kerana ianya dilengkapi dengan peralatan sokongan seperti perlatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka dan perakam video digital mudah alih.

Terbaharu, tular beberapa keping gambar di media sosial menunjukkan kenderaan BMW M3, X3 dan Volkswagen Tiguan lengkap dengan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM). Gambar tersebut menjadi perhatian sekali gus netizen tertanya-tanya apakah benar gambar terbabit.

Menerusi laman Paultan pula, kereta Polis tersebut dikatakan adalah sebagai ‘prop’ untuk sebutah produksi filem yang diberitahu oleh BMW Malaysia sendiri selaku pembekal kereta terbabit.

Melalui gambar yang tular tersebut, segelintir netizen membuat spekulasi bahawa kenderaan itu bakal menjadi kenderaan rasmi PDRM sebagai pengawal pengiring VVIP kerana terlihat kod CPP 01 pada kereta tersebut.

Spekulasi yang dibuat dikatakan benar sememangnya milik PDRM. Gambar yang tular adalah gambar di mana ianya sedang diuji dan dinilai oleh PDRM sebagai kenderaan pengiring kelajuan tinggi. 

Bukan sahaja model kereta BMW M3 tetapi kesemua model kereta yang tular termasuk BMW X3 dan Volkswagen Tiguan turut menjalani ujian daripada PDRM.

Walaupun belum lagi ada kenyataan rasmi daripada pihak PDRM sendiri, akaun Facebook Friends of PDRM ada menaikkan hantaran gambar kenderaan terbabit bersama pegawai-pegawai polis di Bukit Aman.

Apa pendapat anda terhadap BMW M3 sebagai kenderaan pengiring ini?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: