Harga Myvi Baru (Facelift 2022), Ciri Spesifikasi & Penambahbaikan

MYVI BARU GENERASI KETIGA PERODUA (2022) KINI DIBUKA UNTUK TEMPAHAN

Kuala Lumpur: Myvi generasi ketiga Perodua telah menerima penambahbaikan dan kini dibuka untuk tempahan, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

myvi 2022

Baca juga: Status MySejahtera Kuning Tak Boleh Masuk Kedai? Ini Cara Tukar Ke Biru

Ciri Penambahbaikan Terbaru Myvi

Pengeluar kereta itu menjelaskan Myvi baharu itu akan didatangkan dengan teknologi yang dinaiktaraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, penjimatan bahan api yang lebih baik dan varian ini termasuk 1.5 liter AV (Advance), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X serta dua varian 1.3 liter G.

myvi 2022

“Penambahbaikan ini mewakili usaha kami dalam memenuhi jangkaan para pelanggan yang semakin meningkat dan pada masa yang sama menawarkan nilai yang lebih hebat dengan memperkenalkan standard terbaharu untuk model paling diterima di Malaysia, Perodua Myvi,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam satu kenyataan.

“Kami juga telah meningkatkan kecekapan bahan api bagi Myvi Baharu ini kepada 22.2km/ liter (diuji pada varian 1.3L) berbanding 21.1km/liter sebelum ini,” tambah beliau.

Myvi facelift 2022 ini juga turut akan diperkenalkan dalam warna baharu iaitu Cranberry Red khas untuk varian AV, bersama warna lain termasuk Ivory White, Glittering Silver, Lava Red (tidak ditawarkan untuk AV), Granite Grey dan Electric Blue.

Harga Myvi Baru 2022

Julat harga bagi Myvi baru (2022) ini ialah dari RM45,700 hingga RM58,800 (untuk Semenanjung Malaysia dan tanpa insurans, termasuk pengecualian cukai jualan sehingga 30 Jun 2022.)

Cara Tempahan

Pelanggan yang berminat boleh membuat tempahan Perodua Myvi ini di pautan https://bit.ly/PeroduaBookOnline atau melalui tempahan di mana-mana showroom Perodua berdekatan anda.

Baca juga: Gaji Minimum Baharu Bakal Diumum Tahun Depan (2022)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: