Perodua Axia Terbaru 2023, Harga Terkini & Cara Menempah

Untuk sesiapa yang ingin  membeli kereta tahun ini, terdapat satu keluaran model terbaru Perodua Axia 2023 yang anda boleh tempah kini bermula dari harga RM38,600 hingga RM49,500.

Perodua Axia adalah merupakan salah satu pilihan kereta yang paling popular terutamanya di dalam kalangan mahasiswa, anak muda yang baru bekerja, dan juga keluarga yang memiliki ahli yang kecil. 

Hal ini kerana, Axia menawarkan bayaran bulanan yang murah dengan reka bentuk kereta yang menarik serta jimat minyak. Ia merupakan salah satu pilihan yang sangat sesuai sekiranya anda mempunyai bajet yang rendah dalam memilih kereta. 

Spesifikasi & Ciri-ciri Menarik Perodua Axia 2023

Salah satu ciri menarik Perodua Axia terbaru ini Ialah ia turut dilengkapi Bantuan Pemanduan Pintar Perodua yang pertama untuk kereta peringkat permulaan. Selain itu, Anda boleh rujuk spesifikasi dan ciri-ciri menarik Perodua Axia 2023 seperti di bawah:

  • Enjin 1.0 liter 1KR-VE
  • Platform DNGA
  • Transmisi D-CVT, tiada lagi transmisi manual
  • Ada enam beg udara, ABS, EBD, VSC, TRC
  • Skrin infotainmen sembilan inci, skrin kluster tujuh inci

Varian Perodua Axia 2023

Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 jenis varian model terbaru keluaran Perodua Axia 2023 ini, iaitu:

  • Axia G, (Basic)
  • Axia X
  • Axia SE (Special Edition)
  • Axia AV

Setiap jenis varian ini mempunyai kelebihan dan keunikannya yang tersendiri. Anda boleh membuat rujukan lebih lanjut dengan merujuk rajah perbandingan di bawah. 

Perodua Axia Baru

Pilihan Warna Perodua Axia Baru

Terdapat 5 pilihan warna untuk model Perodua Axia terbaru ini, iaitu:

  • Granite Grey
  • Lava Red
  • Glittering Silver
  • Ivory White
  • Coral Blue

Sekiranya anda ingin melihat paparan spesifikasi gambar Perodua Axia 2023 yang terbaru dengan lebih jelas,  anda boleh memuat turun risalah disini

Harga Perodua Axia 2023

Setiap jenis varian model Perodua Axia 2023 ini mempunyai harga yang berbeza. Perbezaan ketara harga antara setiap varian adalah terletak pada spesifikasi ciri keselamatan serta penambahan aksesori-aksesori yang dirasakan perlu dan mengikut citarasa pilihan pengguna. 

   Model      Harga   
   Axia G      RM38,600   
   Axia X      RM40,000   
   Axia SE      RM44,000   
   Asia AV      RM49,500   

*Harga diatas adalah harga anggaran atas jalan tanpa insurans

Perodua Axia 2023

Perodua Axia 2022 vs Perodua Axia 2023

Harga: 

VarianAxia 1.0 AVAxia 1.0 SEAxia 1.0 STYLEAxia 1.0 GXTRAAXIA 1.0 GAxia 1.0 (M)
Harga Axia Model LamaRM 41,427RM 37, 5151RM 37,515RM 33, 940RM 32, 485RM 23,367
Harga Axia 2023 Model BaruRM 49,500RM 44,000RM 40,000RM 38,600

Penjimatan Minyak: 

  • Axia 2023: Mampu bergerak sehingga 27.4 kilometer seliter berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu.
  • Axia 2022: Manakala bagi Axia lama ianya mampu bergerak sejauh 22.5km/l berdasarkan kepada mod Kitaran Pemanduan Malaysia yang baharu.

Spesifikasi:

Perodua Axia 2023

Cara Tempahan, Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut atau berminat untuk membuat tempahan anda boleh rujuk maklumat dibawah ini:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: