Perodua Nexis: Spesifikasi, Harga & Tarikh Pelancaran

Perodua Nexis: Spesifikasi, Harga & Tarikh Pelancaran | Perodua dijangkakan bakal mengeluarkan satu lagi produk terbarunya yang dikenali sebagai Perodua Nexis. 

Menariknya, produk baru ini dikatakan menyerupai Toyota Yaris Cross dan bakal menjadi pesaing kepada Proton X50.

Jom baca info lebih lanjut di bawah.

Perodua Nexis Bakal Dilancar 2024?

Produk yang tergolong dalam kategori Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) ini diberi nama Perodua Nexis dikhabarkan akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Walaubagaimanapun, belum ada lagi sebarang pengumuman rasmi mengenai khabar angin ini walaupun beberapa sumber menyatakan syarikat tersebut sedang dalam proses melancarkan sebuah kereta SUV terbaru.

Semakan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) mengesahkan bahawa jenama Nexis dan Traz telah didaftarkan oleh pihak Perodua pada 29 April 2022 dengan pengkelasan 12 yang berkait dengan kereta.

Perodua Nexis ini dijangkakan menjadi sebuah kereta yang berkuasa dan bergaya dilengkapi dengan teknologi moden terkini. Satu ciri menarik adalah kemungkinan penggunaan unit kuasa hibrid dalam model ini. 

Untuk pengetahuan anda, imej mengenai Perodua Nexis yang tersebar hanyalah sebuah gambaran mengenai reka bentuknya, Walaupun imej yang tersebar kelihatan seperti realiti, tetapi ianya adalah sebuah karya digital.

Dalam hal ini, Perodua Nexis bukanlah SUV sebenar dan Perodua tidak membuat sebarang kenyataan rasmi lagi mengenai sebarang pelancaran SUV terbaru daripada mereka.

BACA JUGA: Perodua Axia Terbaru 2023, Harga Terkini & Cara Menempah

Harga

Harga Perodua Nexis dijangka bermula sekitar RM75,000 sehingga RM80,000. 

Anggaran harga ini adalah berdasarkan track rekod harga bagi model SUV segmen B yang pernah dikeluarkan oleh Perodua sebelum ini seperti Ativa dan Alza. 

Ciri-ciri, Reka Bentuk & Spesifikasi

Setakat ini, tiada ciri-ciri, reka bentuk dan spesifikasi terperinci mengenai Perodua Nexis ini memandangkan pihak Perodua sendiri belum mengumumkan apa-apa berkaitan secara rasmi. 

Namun begitu, model ini mungkin didatangkan dengan mod hibrid berdasarkan beberapa indikasi yang  mengesahkan bahawa Perodua akan melancarkan model hibrid pertama mereka pada tahun 2024.

Perodua Nexis ini dijangka datang standard dengan pelbagai ciri keselamatan dan kemudahan termasuk:

  • Tempat duduk  kulit
  • Lampu utama LED
  • Stereng pelbagai fungsi
  • Kelompok instrumen digital
  • Lebih besar daripada Ativa
  • Perodua Smart Drive Assist (ADAS)
  • ASA 2.0 dengan kamera 360, kawalan kelajuan penyesuaian
  • Bar lampu belakang LED tajam yang melintasi pintu belakang SUV
  • Paparan sistem Audio dengan sokongan Android Auto dan Apple CarPlay tanpa wayar
  • Mempunyai lampu hadapan yang tajam serupa dengan Yaris Cross, manakala bahagian belakang mempunyai rupa Lexus-esque, terutamanya bar lampu belakang LED tajam yang melintasi pintu belakang SUV

Anda boleh lihat video di bawah mengenai gambaran  lakaran  reka bentuk yang telah dihasilkan oleh Theophilus Chin: 

Secara keseluruhannya, Perodua Nexis sedang membentuk SUV segmen B yang sangat menjanjikan. Ia dijangka menawarkan ruang dalaman yang luas, perjalanan yang selesa, dan pelbagai ciri canggih pada harga yang kompetitif.

BACA JUGA: Cara Tempahan, Spesifikasi & Harga Perodua D55L Ativa (Dari RM62,500)

Maklumat Lanjut

Dapatkan maklumat terkini mengenai perkembangan terbaru kereta keluaran Perodua di laman web rasmi perodua: https://www.perodua.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: