Claim Insurans Kereta Jika Kemalangan: Panduan Lengkap

Claim Insurans Kereta Jika Kemalangan ~ Kemalangan jalan raya berlaku tanpa diduga. Seperti kata pepatah, “Malang tidak berbau”. 

Sekiranya anda terlibat kemalangan jalan raya dan kenderaan anda mengalami kerosakkan, jangan panik. Pastikan anda tahu perkara penting yang perlu dilakukan termasuklah cara claim insurans kereta. 

Anda tidak perlu risau memikirkan kos membaiki kenderaan jika memiliki perlindungan insurans yang sah kerana ia boleh ditanggung di bawah polisi insurans anda mengikut syarat yang ditentukan. 

Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya.

BACA JUGA: Claim Insurans Cermin Kereta Pecah / Retak, Ini caranya!

Jenis Tuntutan/Claim Insurans Kereta

Sebelum itu, anda perlu tahu jenis tuntutan atau claim insurans kereta yang anda boleh buat beserta prosesnya. 

1. Tuntutan Kerosakan Sendiri (Own Damage)

Tuntutan jenis ini merujuk kepada tuntutan kerugian/kerosakan kepada insurans anda sendiri.  Ia menawarkan perlindungan menyeluruh kepada pihak pertama (anda) dan pihak ketiga. 

Walaubagaimanapun, tuntutan jenis ini hanya boleh dilakukan oleh pemegang polisi komprehensif sahaja. Anda akan kehilangan akaun NCD apabila membuat tuntutan ini, kecuali untuk situasi di bawah:

  • Kerosakan bukan dilakukan sendiri (No Fault Damage): Pihak berkuasa mengesahkan kemalangan tersebut bukan berpunca daripada kecuaian anda. 
  • Mempunyai perlindungan cermin kereta: NCD anda tidak akan terjejas apabila anda membuat tuntutan insurans untuk cermin kereta sekiranya anda mempunyai perlindungan tambahan cermin kereta. 

2. Tuntutan “Knock For Knock”

Tuntutan “Knock For Knock” merujuk kepada situasi dimana anda boleh membuat tuntutan kepada pihak insurans anda sendiri terlebih dahulu dan pihak insurans anda menuntut semula daripada syarikat insurans pihak ketiga. 

Kos kemalangan anda akan ditanggung oleh insurans anda dahulu tanpa penolakan NCD. Manakala tuntutan insurans daripada pihak yang bersalah akan dituntut di lain hari kerana kebiasaannya akan memakan masa yang lama.

Walaubagaimanapun, tuntutan jenis ini hanya boleh dilakukan oleh pemegang polisi komprehensif sahaja.

Kelebihan tuntutan jenis ialah; lebih cepat, tidak kehilangan kelayakan NCD, boleh menuntut excess dan loss of use daripada syarikat insurans pihak lain.

3. Tuntutan Pihak Ketiga

Tuntutan Pihak Ketiga pula merujuk kepada proses tuntutan terhadap syarikat insurans pihak lain (pihak ketiga) sekiranya kemalangan itu bukan berpunca daripada anda.

Selain itu, anda juga boleh buat tuntutan ‘pampasan untuk masa pembaikan sebenar’ (CART) dan pampasan lebihan dari syarikat insurans pihak ketiga. 

BACA JUGA: Proses, Tips & Cara Claim Insurans Kereta Yang Kena Banjir

Cara Claim Insurans Kereta

1. Apabila terlibat dengan kemalangan, cuba tenangkan diri terlebih dahulu bagi mengelakkan anda panik. Sekiranya perlu, letakkan kenderaan anda pada bahu jalan supaya tidak menghalang lalu lintas selepas berlakunya kemalangan.

2. Seterusnya, lakukan penilaian segera ke atas kerosakan kenderaan anda. Kerosakan kenderaan anda hendaklah diperiksa dari luar. Ambil gambar kerosakan yang berlaku pada kenderaan anda. 

3. Jangan lupa juga ambil gambar kenderaan yang melanggar anda dan butiran penting kenderaan terbabit termasuk nombor plat dan roadtax kenderaan tersebut. Dapatkan maklumat peribadi pemandu lain yang terlibat (nama penuh, no MyKad, nombor telefon)

4. Segera hubungi syarikat insurans anda sekiranya kereta anda mengalami kerosakan yang teruk sehingga memerlukan perkhidmatan trak tunda.

5. Kemudian, bawa kereta anda ke balai polis berhampiran untuk membuat laporan. Pastikan anda membuat laporan dalam tempoh 24 jam. 

Anda boleh menghubungi syarikat insuran anda bagi mendapatkan khidmat tow truck jika kenderaan anda sudah tidak boleh dipandu. Elakkan menggunakan sebarang jasa tow truck yang datang kepada anda untuk menawarkan bantuan tow truck dan khidmat bengkel mereka.

6. Setelah itu, bawa kereta anda ke bengkel panel. 

7. Sediakan dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan dan serahkan kepada pihak bengkel. Pihak bengkel akan mengambil alih proses tuntutan insurans anda (pembaikan kereta).

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan adalah:

  • salinan asal laporan polis
  • polisi insurans
  • salinan kad pengenalan
  • salinan lesen pemandu
Claim Insurans Kereta Jika Kemalangan: Panduan Lengkap

Kesimpulan 

Memahami jenis tuntutan yang boleh dibuat dan proses tuntutan adalah penting agar tuntutan anda berjalan lancar dan anda mendapat hak anda sewajarnya. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: