Claim Insurans Cermin Kereta Pecah / Retak, Ini caranya!
Claim Insurans Cermin Kereta Pecah / Retak, Ini caranya! ~ Anda pernah alami situasi d cermin kereta anda pecah atau retak disebabkan oleh perkara tertentu?
Sudah pasti situasi ini akan merisaukan anda memikirkan kos yang perlu ditanggung untuk membaikinya. Usah risau, sebenarnya anda boleh claim insurans cermin kereta pecah atau retak mengikut syarat yang ditentukan.
Nak tahu lebih lanjut? Mari teruskan membaca.
BACA JUGA: Refinance Kereta: Cara Memohon & Tips Penting Yang Wajib Tahu
Punca Cermin Kereta Pecah/Retak
Sebelum itu, mari ketahui punca-punca yang boleh menyebabkan cermin kereta retak atau pecah.
1. Terkena serpihan batu/benda keras
Biasanya perkara ini terjadi tanpa dijangka dan sukar dielak. Ia boleh terjadi apabila anda memandu di jalan berbatu.tidak berturap, mengikut secara rapat lori yang membawa muatan batu, individu melempar batu/benda keras ke arah cermin kereta, dan sebagainya.
2. Terkena objek terpelanting di kawasan pembinaan/kerja-kerja dilakukan
Adakalanya kita tidak dapat mengelak untuk lalu di kawasan pembinaan atau kerja-kerja dilakukan di jalan raya.
Sekiranya terdapat objek terpelanting dan seumpamanya sehingga menyebabkan cermin anda pecah atau retak, anda boleh membuat claim ke atas syarikat yang melakukan kerja-kerja pembersihan tersebut.
Jangan lupa tangkap beberapa gambar untuk dijadikan bukti seperti gambar objek yang terpelanting dan gambar cermin kereta pecah. Kemudian, buat laporan polis dan beri salinan kepada pihak pengurusan agar claim dapat dibuat.
3. Cermin kereta pecah sendiri
Situasi seperti ini juga biasa terjadi. Berkemungkinan besar ia terjadi disebabkan oleh keadaan sekeliling yang tidak dijangka semasa di tempat letak kenderaan.
BACA JUGA: Lelaki Kongsi Cara Claim Insurans Bencana Alam Untuk Rumah, Dapat 60K Untuk Perabot Saja
Cara Claim Insurans Cermin Kereta Pecah / Retak
Apabila berlaku situasi cermin kereta pecah atau retak, anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah ini untuk menebus insurans.
1. Cari bengkel panel cermin kereta yang berdaftar dengan insurans anda.
Contohnya, anda mempunyai insurans Kurnia, maka anda boleh boleh anda cari bengkel kereta yang berdaftar dengan Kurnia berhampiran anda.
Nak tahu bengkel/kedai tersebut panel insurans atau tidak, senang sahaja. Anda boleh rujuk di laman web insurans anda untuk tahu panel kedai cermin atau bengkel yang berdaftar.
Atau, anda boleh telefon bahagian pengurusan penebusan insurans dan bertanyakan kedai panel yang berdaftar berdekatan rumah anda.
2. Buat tempahan
Setelah mengenal pasti bengkel atau panel kedai yang berkaitan dengan insurans yang anda ambil, jangan lupa hubungi bengkel tersebut dan lakukan tempahan terlebih dahulu.
Biasanya tempahan perlu dibuat terlebih dahulu sebelum claim insurance anda dilakukan. Ini adalah bagi mengelakkan ketiadaan stok sedia ada di bengkel tersebut.
Sekiranya kedai/bengkel tersebut memang ada stok, anda boleh terus datang dan buat pertukaran cermin baru pada hari yang telah ditetapkan oleh pihak kedai.
3. Bawa dokumen
Pastikan anda membawa dokumen yang lengkap semasa berurusan dengan pihak kedai/bengkel untuk memudahkan kedua pihak. Anda boleh tanya pihak kedai dokumen yang perlu dibawa secara spesifik. Pihak kedai akan berurusan terus dengan pihak syarikat insurans kita.
Selalunya, dokumen yang diperlukan adalah seperti di bawah:
- Kad pengenalan dan lesen pemilik kereta (sediakan salinan sekiranya boleh)
- Salinan geran kereta
- Salinan polisi insurans yang masih sah
- Cop syarikat & SSM (untuk kenderaan syarikat sahaja)
NOTA: Sekiranya polisi insurans anda tidak termasuk insurans cermin kereta, anda tidak boleh menebusnya dan perlu keluarkan duit dari poket sendiri.
Jenis Cermin Yang Boleh Tuntut Insurans
1. Cermin Hadapan
2. Cermin Pintu Depan & Belakang
3. Cermin Tiga Segi
4. Cermin Mudguard
5. Cermin Belakang
NOTA:
- Cermin bumbung boleh buat tuntutan untuk kereta yang memilikinya seperti Toyota Vellfire, Toyota Estima dan lain-lain. – Bergantung pada polisi insurans.
- Cermin canopy tidak termasuk kerana dianggap sebagai aksesori iaitu tambahan kereta. Insuran tidak akan memberikan pampasan kepada barang aksesori.
- Side mirror atau cermin pandang belakang juga tidak termasuk dalam kategori cermin kereta. Pihak insurans tidak akan membayar tuntutan sekiranya berlaku kerosakan pada side mirror.
Kesimpulan
Jangan panik sekiranya cermin kereta anda pecah atau retak. Segera hubungi bengkel berdekatan anda yang berdaftar dengan insurans yang anda ambil dan claim insurans.
Pastikan juga anda review polisi insurans anda dari masa ke semasa untuk mengelakkan sebarang kesulitan.
Selamat mencuba!
Baca juga: Cara Claim Insuran Cermin Pecah