Lelaki Kongsi Cara Claim Insurans Bencana Alam Untuk Rumah, Dapat 60K Untuk Perabot Saja
CARA CLAIM INSURANS BENCANA ALAM UNTUK RUMAH KEDIAMAN
Rakyat Malaysia tahun ini amat terjejas dengan bencana yang berlaku beberapa hari lalu, di mana ramai yang turut mengalami total loss kerana paras air yang begitu tinggi serta aliran air yang deras menghancurkan isi dalam rumah.
Mungkin tak ramai yang tahu bahawa jika rumah anda berada di kawasan yang berisiko atau anda inginkan lebih perlindungan untuk sebarang kejadian yang tidak diduga seperti ini, anda sebenarnya boleh mengambil insurans khas untuk bencana alam.
Berbaloi ke ambil insurans ni?
Salah seorang pengguna di Facebook, Mohd Mustaqim berkongsikan pengalamannya claim insurans bencana alam untuk rumah ibunya di Kelantan dalam kejadian banjir besar pada tahun 2014.
Katanya dalam kejadian itu, air naik hingga ke bumbung dan semua barang dalam rumah mengalami total loss.
Mujurlah ada ambil insurans bencana alam ni dan dalam masa kurang 2 minggu dapat hampir 60K untuk claim perabot sahaja. Lega!
Jom ikuti perkongsian penuh saudara ini di bawah.
Baca juga:
- Proton Tawar Bantuan Untuk Pemilik Kereta Terjejas Banjir
- TIPS BANJIR: Cara Buat Benteng Halang Air Masuk Rumah, Elak Kerosakan
Cara Claim Insurans Bencana Alam Untuk Rumah
Insurans bencana alam untuk rumah
Arini aku cuba share sikit pengalaman insurans rumah untuk bencana alam. Pada tahun 2014, banjir besar melanda Kelantan. Rumah mak aku salah satu mangsa kejadian. Rumah tinggal bumbung. Barang kt dalam umah mmg total lost abis (rujuk gambar).
Tp Alhamdulillah nasib baik mak aku ada amek insurans khas untuk cover bencana alam mcm banjir. So fully covered. Dalam masa less than 2 minggu duit masuk dlm acc. Dpt lebih kurang dkt RM60k kot untuk perabot sahaja. So mmg lega la. Yg x lega penat nk kemas.
Ok now ak share ap patut korang tau time nk apply.
Aku sudah apply insurans khas bencana alam, kebakaran, dan juga kena pecah rumah untuk rumah aku.
So kalau jadi ap2 mmg Insyallah fully covered.
Bila korang apply, akn ada dua benda korang kena take note iaitu :
1-Coverage untuk building. (Rujuk lampiran di bawah)
Ini coverage khas untuk bangunan rumah korang. Bukan isi rumah ye. Contoh, rumah aku letak coverage 400k. So rumah korang runtuh ke, rosak ke, pecah ke, disebabkan banjir, maximum insurans akan bayar ialah 400k. Paham kan?
2-Coverage untuk ON HOUSEHOLD GOOD.
Ini pula coverage untuk benda2 di dalam rumah, contoh perabot, alatan elektronik, atau apa sahaja YANG BERADA DI DALAM RUMAH. Ok ni yg menarik, contohnya aku ada basikal, sekiranya kena curi, or terbakar or watsoever, basikal tu ada dalam rumah, akan termasuk dlm coverage. Power kan? So untuk yg ni aku insured RM100k.
Cara nak claim
Mudah je, contact agent, nt diorg akan suruh amek gambar seeemuaaa tempat yg terjejas. Kalau mcm aritu agent mmg dkt rumah, die dtg dan amek sendri gambar. Kemudian tnggu je. Xperlu report polis. X sampai 2 minggu duit masuk.
*apapun rujuk semula dgn agent masing2. Mungkin berbeza mengikut company.
Insurans ni korang kena renew secara TAHUNAN (bermaksud byr sekali setaun je).
So benda ni ak rasa mmg sgt galakkan korang ambil selain medical card dan juga hibah. At least dapat ringankan beban kita kalau jadi pape. Aku da kena sekali. Sbb tu ak mmg ambil berat benda2 mcm ni.
So, kalau sape2 nk apply, sile contact terus salah sorang my trusted agent, Mr Pui Tiong Hoo. Mmg sgt komited, cekap dan arif untuk urus benda2 mcm ni.
Sekian perkongsian saya.
Semoga membantu.
Sumber asal: Facebook Mohd Mustaqim