in

Proton Tawar Bantuan Untuk Pemilik Kereta Terjejas Banjir

proton banjir
ADVERTISEMENT

Proton akan membantu semua pemilik model Proton yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir baru-baru ini dengan menawarkan diskaun 20 peratus bagi alat ganti tertentu serta diskaun 20 peratus untuk caj buruh kepada pelanggan yang telah membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Selain itu, syarikat pengeluar kereta itu juga akan menanggung caj tunda sebanyak sehingga RM200 dan caj pembersihan bahagian luar serta ruang enjin sebanyak RM100.

ADVERTISEMENT

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata fenomena banjir baru-baru ini telah menjejaskan ribuan penduduk terutama di Selangor dan Shah Alam.

proton banjir

Baca juga:

“Ramai pelanggan kami mengalami kerosakan tempat tinggal serta perniagaan termasuk kereta mereka. Oleh itu, kami ingin menghulurkan bantuan untuk memastikan kenderaan mereka boleh diperbaiki dan memberi jaminan bahawa pelanggan kami adalah keutamaan syarikat.

“Keadaan yang luar biasa memerlukan tindak balas yang luar biasa juga. Proton akan berusaha untuk memastikan kenderaan pelanggan diperbaiki secepat mungkin dan menasihati mereka untuk terus ke pusat perkhidmatan kami supaya dapat menikmati faedah ini,” katanya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi talian pelanggan Proton di 1-800-88-8398.

Sumber: BERNAMA via Astro Awani

Written by badra

Leave a Reply

Your email address will not be published.

TIPS BANJIR: Cara Buat Benteng Halang Air Masuk Rumah, Elak Kerosakan

hlp kpm 2022

HLP KPM 2022: Permohonan Tawaran Hadiah Latihan Persekutuan