MSSM 2023 – Takwim Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia
Sukacita dimaklumkan, takwim bagi Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) bagi tahun 2023 sudah diumumkan.
Sehubungan dengan itu, pihak penganjur, sekolah serta para pelajar yang terlibat boleh mula melakukan persiapan rapi untuk kejohanan tersebut.
Kejohanan MSSM merupakan kejohanan peringkat tertinggi di peringkat sekolah setelah atlet yang terdiri daripada para pelajar melepasi kejohanan peringkat sekolah, (MSSD) dan negeri (MSSN).
BACA JUGA: Kebaikan Mandi Air Panas Sama Seperti Bersukan? Ini Penjelasan Pakar
Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM 2023)
Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia Persekutuan Tanah Melayu telah ditubuhkan sejak tahun 1958.
Namun, selepas tertubuhnya Negara Malaysia pada tahun 1963, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditukarkan nama kepada Majlis Sukan Sekolah Malaysia atau lebih dikenali sebagai MSSM.
Untuk memperkasakannya, MSSM diletak di bawah Akta Pelajaran 1961 dan dibawah kuasa Menteri Pelajaran.
Tujuan asal penubuhan MSSM adalah untuk mengamalkan konsep sukan untuk kecemerlangan selaras dengan Dasar Sukan Negara.
Pada 6 April 2009, MSSM telah diwarta kerajaan Seri Paduka Baginda dan diterbitkan dengan kuasa mengikut Akta Pendidikan 1996. Sebanyak 22 jenis sukan disenaraikan ketika itu dan telah berkembang kepada 24 jenis sukan sehingga sekarang.
Tema MSSM 2023
Tema utama bagi kejohanan MSSM 2023 ialah: “Sukan Nadi Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC)”.
Pemilihan tema ini selari dengan hasrat KPM dalam melahirkan konsep ‘Anak Yang Baik Lagi Cerdik’ dengan menitikberatkan pembentukan karakter, pembinaan insan, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.
Sukan sebagai asas dan penggerak utama dalam usaha membudayakan adab, akhlak dan integriti dalam kalangan murid.
24 Jenis Sukan Dipertandingkan
Hanya sukan-sukan tertentu sahaja yang akan dipertandingkan di setiap tahun di peringkat MSSM dan takwim akan dikeluarkan lebih awal bagi memudahkan pemilihan atlet di peringkat sekolah, daerah dan negeri dibuat terlebih dahulu.
Untuk pengetahuan anda, terdapat 24 jenis sukan yang dipertandingkan setelah diwartakan untuk kejohanan MSSM, iaitu:
- Akuatik
- Badminton
- Bola Baling
- Bola Keranjang
- Bola Tampar
- Boling Tenpin
- Catur
- Gimnastik Artistik
- GImrama
- Golf
- Hoki
- Kriket
- Memanah
- Pelayaran
- Ping Pong
- Ragbi
- Sepak Takraw
- Skuasy
- Tenis
- Bola Sepak
- Bola Jaring
- Sofbol
- Olahraga
- Merentas Desa
Takwim Kejohanan MSSM 2023
Sila rujuk jadual di bawah untuk mengetahui takwim kejohanan MSSM bagi tahun 2023. Secara umumnya, lapor diri untuk kejohanan ini akan bermula pada 13 Julai 2023 untuk sukan merentas desa.
Anda juga boleh rujuk pautan berikut untuk info yang lebih terperinci: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023/takwim?authuser=0
Negeri Pengelola/Penganjur
Setiap jenis sukan akan diadakan di tempat yang berbeza. Anda boleh rujuk negeri pengelola yang terlibat seperti rajah di bawah:
- Akuatik & Kriket – Selangor
- Badminton & Boling Tenpin – Pulau Pinang
- Bola Baling – Putrajaya
- Bola Keranjang & Memanah – Pahang
- Bola Tampar & Catur – Terengganu
- Gimnastik Artistik -Perlis
- GImrama & Golf – Kuala Lumpur
- Hoki & Bola Jaring – Melaka
- Pelayaran & Sepak Takraw – Kedah
- Ping Pong – Sarawak
- Ragbi & Merentas desa – Kelantan
- Skuasy & Sofbol – Perak
- Tenis & Bola Sepak – Johor
- Olahraga – Negeri Sembilan
Maklumat Lanjut
Sekirany anda ingin mengetahui maklumat lanjut secara terperinci mengenai kejohanan sukan MSSM 2023 ini, anda boleh rujuk laman web rasmi MSSM di pautan berikut: https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/mssm2023/home