7 Cara Bezakan Minyak Wangi Asli & Tiruan. Mahal Tak Semestinya ‘Ori’
Apa caranya untuk bezakan minyak wangi asli dan tiruan? Sekali tengok nampak macam sama saja. Dari botol sehinggalah ke kotak.
Jom semak beberapa tips untuk bezakan minyak wangi asli dan tiruan.
Baca juga : Promosi Kaw Kaw Untuk 10 Jenama Perfume Terkenal Ini. Rugi Tak Grab!
7 Cara Bezakan Minyak Wangi Asli dan Tiruan
1. Harga
Harga minyak wangi yang terlalu murah berbanding yang ada di pasaran, pastinya ia adalah tiruan.
Minyak wangi asli walaupun dijual pada harga diskaun, harganya tetap beratus ringgit lebih-lebih lagi minyak wangi berjenama besar seperti Dior, Chanel atau Gucci.
Tapi sekarang ni dah ramai juga yang tak jujur jual online dan letak harga mahal sebab nak nampak ‘ori’.
So, jangan mudah percaya kalau nampak harga mahal.
Penting kena tahu lagi tipsnya di bawah ni.
2. Bungkusan Plastik
Minyak wangi berjenama mementingkan setiap inci pembuatan sehinggalah ke bungkusan plastik.
Perfume original menggunakan bungkusan plastik yang berkualiti serta dilipat dengan kemas.
Minyak wangi tiruan pula biasanya dibungkus secara tidak kemas dan kadang kala ada lebihan gam atau ‘cellotape’.
3. Kotak
Kebiasannya, minyak wangi yang original dibungkus di dalam kotak yang diperbuat daripada kadbod berkualiti tinggi bagi melindungi minyak wangi di dalamnya.
Dalam kotak pula direka ruang supaya minyak wangi terletak dengan elok dan tidak mudah pecah bila disimpan. Keaslian minyak wangi juga boleh dikenalpasti dengan label dan tulisan yang kemas pada setiap sudut kotak.
Anda boleh semak pada laman web jenama minyak wangi masing-masing bagi mendapatkan kepastian sebelum membuat pembelian.
4. Botol
Perfume original biasanya mempunyai tulisan timbul pada botol dan takkan hilang dengan mudah.
Botol minyak wangi yang ‘ori’ juga bermutu tinggi dan mempunyai permukaan yang lebih licin berbanding botol perfume fake yang biasanya mempunyai permukaan kasar dan tidak rata.
5. Kandungan & Warna
Seperti yang kita tahu, minyak wangi tiruan baunya tidak kekal lama berbanding yang asli.
Dari segi warna pula, warna minyak wangi tiruan biasanya lebih gelap berbanding minyak wangi asli.
Produk berjenama biasanya berwarna pucat kerana tidak menggunakan perwarna bagi mengekalkan kualiti.
Satu lagi tips ialah dengan menggoncang botol minyak wangi. Minyak wangi asli akan mempunyai buih-buih kecil yang kekal lama selepas digoncang berbanding minyak wangi tiruan.
6. Semak Kod Minyak Wangi Asli
Zaman sekarang ni, minyak wangi dapat dipalsukan dengan ketepatan yang hampir sama dengan asli.
Kalau anda masih ragu-ragu dengan keaslian minyak wangi, anda boleh semak kod minyak wangi tersebut di http://www.checkfresh.com/ .
Di sini, anda boleh semak tarikh pembuatan minyak wangi dan produk kosmetik berjenama lain.
Kalau tak boleh ‘trace’ kod, nampaknya anda dah terbeli produk tiruan.
7. Tiada Istilah ‘Reject’
Satu lagi tips penting, industri minyak wangi asli tidak ada istilah minyak wangi ‘reject’.
Produk berjenama lebih sanggup untuk menghapuskan produk yang ada kerosakan daripada menjejaskan kualiti jenama.
Jangan Tersalah Beli Ya!
Bagi penggemar minyak wangi, pastikan anda tak tersalah beli ya. Jangan mudah tertarik dengan tawaran harga yang murah.
Periksa dulu keaslian produk. Lebih-lebih lagi di pasaran ‘online’, pastikan anda beli dengan penjual yang dipercayai dan mempunyai ‘review’ yang baik.
Sumber :