Idea Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami & Isteri

Idea Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami & Isteri

Setiap pasangan yang sudah mendirikan rumahtangga pasti tertunggu-tunggu hari istimewa sempena ikatan sah yang dibina.

Ia merupakan hari penting dan terindah buat setiap pasangan yang berkahwin. Tarikh keramat ini menjadi salah satu tarikh wajib diingati untuk diraikan bersama.

UCAPAN ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Untuk membantu anda mencari idea ucapaan ulang tahun perkahwinan yang romantik, berikut kami kongsikan beberapa contoh ucapan yang anda boleh berikan kepada pasangan.

Jangan lupa juga selitkan bunga ke, coklat ke, atau apa-apa hadiah untuk menggembirakan pasangan anda!

BACA JUGA: 15 Idea Ucapan Selamat Berpuasa 2023

Idea Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Suami

Kepada para isteri, anda boleh rujuk idea ucapan ulang tahun perkahwinan untuk suami tercinta seperti di bawah.

Tanpa hadiah yang mahal-mahal pun, ia sudah cukup membuatkan suami anda terharu dan semakin sayang. Apa yang penting ialah, keikhlasan. 

1. Kanda, hari ini dinda sangat bahagia, kerana kita masih kekal bersama menyemai kasih dan sayang. Bila kanda jauh, hatiku selalu merindu. Dinda bersyukur kerana Tuhan panjangkan jodoh kita hingga hari ini. Setiap detik pahit manis yang kita lalui sangat mengajar kita menjadi insan yang matang. Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke-x !

2. Selamat hari ulang tahun perkahwinan abang! Semoga perkahwinan kita sentiasa diredhai dan diberkati Allah. Terima kasih abang untuk setiap detik pengorbananmu, penat lelahmu dalam mencari rezeki yang halal dan setiap pertolonganmu dalam membantu isterimu ini. I love you!

3. Happy Wedding Anniversary kekasih halalku! Terima kasih kerana menjadi pasangan yang terbaik buat diriku dan sentiasa ada semasa diriku susah dan senang! Moga Allah merahmati perkahwinan kita hingga ke Jannah. Nanti kita sambut sama-sama ya!

4. Cinta itu umpama makan sambal belacan, walaupun pedas hingga mengalirkan air mata tapi ia tetap dimakan. Hehehe. Begitulah cinta kita dalam rumah tangga, ada pedas, masam dan manisnya tapi sayang tetap cinta pada abang! Happy Wedding Anniversary my handsome husband. We love you!

5. Dua tiga harimau berlari, mana nak sama si harimau belang. Apatah lagi nak sama macam abang seorang. Abang la satu-satunya yang ada di hati ini sampai bila-bila. Happy anniversary my love!

Idea Ucapan Ulang Tahun Perkahwinan Untuk Isteri

Untuk suami-suami yang tak reti nak karang ayat romantik, anda boleh rujuk contoh di bawah ini:

1. Terima kasih isteriku kerana telah menjadikanku pendamping dirimu. Senyum dan tawamu membangkitkan semangatku setiap hari. Paut dakapanmu mencekalkan hatiku untuk lalui hari-hariku. Kaulah kekuatan diriku. Sambutlah kasih dan sayangku di hari ulang tahun perkahwinan kita ini. I love you always, my wife!

2. Isteriku tercinta, terima kasih untuk segala pengorbananmu terutamanya dalam melahirkan zuriatku. Satu pintaku, setialah bersamaku hingga ke akhir hayatku. Genggam tanganku tatkala jatuh bangunku. Akan ku pimpin tanganmu hingga ke pintu syurga bersamaku. Selamat hari ulang tahun perkahwinan cinta halalku.

3. Pergi ke kedai membeli kopi, singgah ke farmasi membeli jamu. Dunia ini sungguh merasa sepi, jika tiada kamu di sisi aku. Happy wedding anniversary sayang!

4. Manisnya cinta bagai coklat dan gula-gula, Happy anniversary buat kita berdua! Semoga perkahwinan kita kekal bahagia sampai hari tua ya sayang. Nanti nak makan apa? Hehe. 

5. Selamat hari ulang tahun pernikahan buat isteriku yang cantik. Telatahmu membuatku tersenyum setiap hari. I love you honey!

BACA JUGA: 12 Idea Ucapan Selamat Hari Raya Kreatif & Mengikut Sunnah

Kesimpulan 

Walaupun sekadar ucapan yang ringkas, namun percayalah pasangan anda pasti menghargainya. Tidak semua individu mahukan barang yang berharga, emas berlian, dan seumpamanya.

Apa yang penting ialah ingatan sebagai tanda penghargaan. Betul tak?

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: