Cara Semakan & Bayar Cukai Tanah Secara Online Setiap Negeri

Tak perlu lagi bersusah ke kaunter, kini anda boleh bayar cukai tanah online sahaja!

Semakan kadar cukai yang dikenakan bagi setiap negeri boleh disemak terlebih dahulu melalui atas talian.

Jom kami kongsikan cara bayar cukai tanah secara online mengikut Portal Rasmi Pejabat Tanah negeri masing-masing atau terus menggunakan perbankan atas talian seperti Maybank2u, CIMBClicks dan sebagainya.

cukai tanah online

Apakah Cukai Tanah?

Ia adalah sejenis cukai yang dikutip kerajaan negeri untuk hartanah di Malaysia.

Cukai taksiran / cukai pintu pula adalah cukai tanah tempatan yang dikutip oleh majlis perbandaran kawasan perumahan untuk kerja membangun, menyelenggara infrastruktur dan perkhidmatan tempatan.

Harus diingatkan yang cukai tanah dan cukai pintu memainkan peranan yang penting dalam perancangan kewangan isi rumah anda.

KADAR BAYARAN CUKAI TANAH

Caj yang dikenakan untuk cukai tanah dinilai berdasarkan jumlah tanah yang dikira sebagai sebahagian daripada hartanah anda. Dalam erti kata lain: setiap kaki persegi (kps) hartanah atas tanah akan dinilai.

Kadar cukai yang dikenakan adalah berbeza-beza setiap Negeri, malah harga antara daerah pun tidak sama.

Cukai di luar bandar lebih murah berbanding hartanah di bandar, jadi pastikan anda memeriksakan butiran di geran anda sebelum membuat sebarang pembayaran.

Semakan Cukai Tanah Setiap Negeri

Berikut adalah pautan untuk membuat semakan dan bayaran cukai tanah anda secara bagi setiap negeri kecuali negeri Sarawak yang telah dimansuhkan cukai tanah.

Pastikan anda daftar terlebih dahulu. Pautan semakan cukai tanah adalah seperti jadual di bawah:

NEGERIPAUTAN SEMAKAN
PULAU PINANGhttps://ebayar.penang.gov.my
PAHANGhttps://fpxptg.pahang.gov.my/fpx/fpx_qrycukai.php
SELANGORhttps://ehasil.selangor.gov.my/app/search
KEDAHhttps://ebayaran.ptgkedah.gov.my/ 
JOHORhttps://onlinepayment.johor.gov.my/ 
WP KUALA LUMPURhttps://www.ptgwp.gov.my/etanah-Awam/EBayaranSemakBayarCukaiTanahForm.xhtml
SABAHhttp://www.quitrent.jtu.sabah.gov.my
TERANGGANUhttp://cukaiptg.terengganu.gov.my/esolarweb/main.php
KELANTANhttps://hasiltanah.kelantan.gov.my/
PERAKhttps://ptg.perak.gov.my/etanah-awam/
PERLIShttps://ptg.ptgps.gov.my/esemakan/
NEGERI SEMBILANhttps://ptgns.ns.gov.my/fpx/main_fpx.html
MELAKAhttps://ebayar.melaka.gov.my
  1. Klik pada pautan Negeri anda berada
  2. Seterusnya klik pada ‘Semakan dan Bayaran Cukai Tanah’
  3. Sekiranya anda tidak daftar lagi, seharusnya anda daftar terlebih dahulu dengan klik pada ‘Daftar’
  4. Selesai daftar anda Log Masuk akaun anda
  5. Seterusnya ada pilihan semakan & bayaran
  6. Sekiranya anda ingin membuat pembayaran, anda boleh pilih cara pembayaran yang anda ingin.
  7. Setelah selesai pembayaran, pastikan anda cetak atau dowload resit untuk rujukan anda

Baca juga: Cara Save / Download Video Tiktok Tanpa Watermark. Mudah Je!

Cara Bayar Cukai Tanah Melalui Perbankan Online

Cukai tanah kini boleh juga dibayar melalui beberapa aplikasi perbankan atas talian seperti Maybank2u, CIMBClicks, RHB Online atau aplikasi Pos Malaysia.

You are able to do so via the app listed as below:1. Maybank 2U app2. CIMB Clicks app3. RHB Online app4. POS Malaysia app

*Dalam artikel ini kami kongsikan cara buat bayaran melalui Maybank2U

  1. Login ke Maybank2u
  2. Pergi ke menu Pay
  3. Klik ‘NEW PAYEE’
  4. Taipkan ‘Pejabat Tanah’ – Pilih negeri anda (Contoh : Pej Tanah & Galian WPKL- Pej Tanah & Galian Selangor- PPTG Terengganu- PTGP – Cukai Tanah Perak- PTGWP)
  5. Taipkan No Akaun Cukai Tanah anda dan nombor telefon anda
  6. Pilih amaun bayaran
  7. Klik CONFIRM & PAY
  8. Buat pengesahan TAC dan teruskan proses pembayaran sehingga selesai.
  9. Simpan resit anda untuk rujukan.

Mudah kan?

Lepas ni bolehlah buat bayaran secara online untuk mengelakkan sebarang caj penalti / denda lewat bayar!

Kaedah Pembayaran Manual

Anda juga boleh membayar cukai tanah seperti biasa dengan cara:

  1. PEMBAYARAN DI KAUNTER PTGS & PEJABAT DAERAH DAN TANAH (PDT)
  2. SEMAKAN CUKAI TANAH DAN CUKAI PETAK MELALUI MYSMS 15888
    1. Taipkan: PTGS CUKAI NO AKAUN Hantar ke 15888
    2. Contoh Paparan: PTGS CUKAI 50844100606680
    3. RM 0.20 PTGS: C tanah/petak 50844100606680 untuk 2020 berjumlah RM 120.20 yang perlu dijelaskan
    4. Caj Penghantaran SMS RM 0.15 dan Caj Penerimaan SMS RM 0.20
  3. PEMBAYARAN DI KAUNTER PBT
  4. PEMBAYARAN DI KIOSK
  5. PEMBAYARAN MELALUI POS MALAYSIA

Baca juga: Cara Bayar PTPTN Guna Duit KWSP (Akaun 2). Senang Je!

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari web rasmi Pejabat Tanah Dan Galian negeri anda.

ATAU

Rujuk Soalan Lazim di bawah:

Di manakah saya boleh dapatkan Bil Cukai Tanah jika saya tidak menerimanya?

Pemilik Tanah Berdaftar boleh mendapatkan Bil Cukai Tanah di mana-mana Pejabat Tanah & Daerah dan juga Pejabat Tanah Galian dengan mengemukakan maklumat seperti Nombor Hakmilik dan Nombor Lot.

Adakah saya perlu membayar Cukai Tanah sedangkan saya tidak pernah mendapat bil?

Menurut Seksyen 93, Kanun Tanah Negara 1965, pemilik tanah berdaftar adalah bertanggungjawab untuk menyelesaikan cukai tanah yang dimilikinya tanpa gagal.

Bila Perlu Bayar Cukai Tanah?

Bermula pada 1 Januari hingga 31 Mei tiap-tiap tahun.

Menurut Seksyen 94 Kanun Tanah Negara 1965, Cukai Tanah hendaklah dibayar sepenuhnya mulai hari pertama tiap-tiap tahun dan akan menjadi tunggakan pada hari pertama bulan Jun tahun itu.

Apabila mana-mana cukai tanah terhutang, denda kerana terhutang adalah kena dibayar sebagai tambahan kepada cukai semasa.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: