Cara Save / Download Video Tiktok Tanpa Watermark. Mudah Je!

Cara Download Video Tiktok Tanpa Watermark 

Memang tak dinafikan terdapat banyak video tiktok menarik yang lalu di FYP anda. Ada juga video yang berguna tips, tutorial mahupun content pendek daripada creator tiktok berbakat.

Dalam aplikasi TikTok sendiri ada pilihan save video untuk anda muat turun video yang anda sukai dengan mudah.

Namun, ia akan disertakan sekali dengan username creator dalam bentuk watermark.

Watermark ini berfungsi sebagai credit kepada video creator tetapi dalam sesetengah kes, watermark yang muncul pada video boleh mengganggu dengan menutup objek atau teks dalam video.

cara download video tiktok tanpa watermark

Kredit Foto : lifewire.com

Bagaimanakah caranya untuk save video TikTok tanpa watermark?

Cara cukup mudah dan percuma sahaja dan boleh dibuat melalui laptop atau phone anda.

Cara Download Video TikTok Tanpa Watermark Melalui Website

Gunakan Website Snaptik

  1.  Buka aplikasi TikTok melalui laptop atau phone anda.
  2. Pilih video yang anda ingin download
  3.  Klik butang ‘Share’ kemudian pilih ‘Copy Link’
  4. Kemudian pergi ke browser dan pergi ke laman snaptik.app/en
  5. Pastekan link yang anda copy tadi kepada column yang disediakan
  6. Kemudian, tekan butang ‘Download’ untuk muat turun video tersebut
  7. Pilih salah satu daripada butang Download Server yang muncul dan tunggu sehingga download lengkap.
    Video yang telah didownload akan tersimpan dalam laptop atau phone dalam format MP4.

cara download video tiktok tanpa watermark

Kredit Foto : kiaton.kontan.co.id

Gunakan Website SSS TikTok

  1. Pilih video yang anda ingin download kemudian copy link seperti kaedah di atas.
  2. Buka browser dan layari laman web ssstik.io/en.
  3.  Paste link video pada kotak yang disediakan kemudian klik Download.
  4. Terdapat tiga pilihan download, dua di antaranya adalah pilihan untuk download video tanpa watermark dan satu lagi pilihan untuk convert video ke MP3.
  5.  Klik pilihan download video tanpa watermark untuk teruskan dan tunggu sebentar sehingga video selesai dimuat turun.
cara download video tiktok tanpa watermark

Gunakan Website SaveTT

  1. Pilih video TikTok yang anda ingin download kemudian copy link video.
  2. Buka laman web savett.cc/en melalui browser.
  3. Paste link pada kotak yang tersedia di browser kemudian tekan “Search“.
  4. Tunggu beberapa saat sehingga menu download timbul.
  5. Pilih format yang anda ingin download sama ada MP4, MP4 dengan watermark atau MP3.

cara download video tiktok tanpa watermark

Baca juga: Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Fancy Font Di Whatsapp Tanpa Aplikasi

Gunakan Website MusicallyDown

  1. Copy link video TikTok yang anda ingin download dengan cara yang sama.
  2. Kemudian, pergi ke laman web  Musically Down dan paste link video tadi.
    Pilih format video yang anda ingin download dan tunggu beberapa saat untuk muat turut video.
cara download video tiktok tanpa watermark

Mudah je kan nak save video TikTok tanpa watermark?

Anda tak perlu download sebarang aplikasi pun.

Semua laman web ini juga boleh digunakan pada laptop atau phone secara percuma.

Selamat mencuba!

Sumber rujukan :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: