Video ‘Gurauan’ Ibu Ayah Bagi Anak Hisap Vape Undang Kerisauan

Hari ini sebuah video seorang anak kecil ‘disuap’ dengan vape yang dirakam oleh individu yang dipercayai ibu bapa anak tersebut menjadi tular apabila mendapat kecaman ramai.

Video pendek berdurasi 10 saat itu menunjukkan si anak disuap dengan vape sebanyak 2 kali sambil terbatuk-batuk.

Ramai yang risau dengan keadaan kesihatan anak tersebut memandangkan ia boleh memberi kesan serius kepada anak kecil.

Sumber video: https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1388677701510555&id=100011050159059

Malah, ia juga mendapat perhatian oleh aktivis sosial, Syed Azmi Alhabshi.

Ujar beliau:

Saya gusar adakah ibu ini memahami apa kesalahannya sebenarnya?

Saya pasti mereka yang mengetahui atau tahu keberadaan anak dan ibu ini boleh buat laporan pada JKM sama ada telefon 15999 atau whatsapp 0192615999 dan sampaikan maklumat untuk siasatan lanjut.

Mohon sangat keadaan tahap kesihatan anak ini di periksa oleh pihak doktor.

Untuk ibu ini, saya rasa dia perlukan bimbingan dan mengikut lunas undang undang. Saya terperanjat sebab takkan kesan ini terhadap kanak kanak dia tak cakna?

Ada banyak undang undang yang beliau ingkar sebenarnya tapi bagi saya yang kami mahu pasti keadaan anak itu ok.

Jangan kecam dia sebab kita ada undang-undang. Please.

Sekian
Terima kasih

Selain itu, ia juga mendapat perhatian daripada doktor yang aktif di media sosial, antaranya Dr Rusyainie:

Dalam posting beliau, dituliskan status ini:

SubhanAllah. Kenapa lah ada mak yang begini? Sedangkan menghembus asap vape di depan anak pun berbahaya, ni dah melampau sangat dah ni!

Anak kecil bukan orang dewasa yang mini. Sistem tubuh badan, termasuk otak masih belum berfungsi dan berkembang sepenuhnya. Kandungan nikotin di dalam vape tu dah lah kita tak tahu berapa tinggi. Nikotin memberi kesan sangat buruk pada otak termasuk dari segi kelakuan dan juga emosi pada kanak-kanak, apatah lagi bayi.

Kalau lah ini bukan kali pertama, dan dari gaya bayi ni selamba saja menghisap vape, macam dah biasa, sebenarnya dia sudah menjadi penagih nikotin. Ya Allah! Ketagihan di saat dia sendiri pun tak tahu haknya sebagai manusia. Dia tak berdosa langsung!

Saya memohon pihak #PDRM dan #JabatanKebajikanMasyarakat menyiasat kes ni dengan segera. Bayi ni mesti diselamatkan. Ni kesalahan jenayah. Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal, tolong bayi ni.

Untuk mak ni, tindakan mesti diambil ke atasnya. Saya tak pasti apa masalah sosial atau mental yang dihadapinya tapi kelakuannya tetap tak boleh diterima.
Untuk kengkawan saya, kita semua berpuasa kan, tahankan diri dari memaki hamun mak ni. Nanti tak pasal kurus pahala kita dibuatnya. Untuk saya, saya memang dah tak ada yang elok nak cakap kat dia jadi baik lah saya diam.

Terlalu sedih pilu sebenarnya melihatkan anak yang tak diminta dilahirkan menjadi mangsa orang dewasa bergelar mak yang sepatutnya melindunginya.

Link video:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1388677701510555&id=100011050159059

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Kanak-kanak JKM RM150, Maksimum RM1,000

Difahamkan ibu kepada anak itu juga sudah menurunkan video itu dari akaun media sosialnya setelah dihujani pelbagai komen.

Dalam status terkini oleh Syamin Aizat yang dipercayai bapa kanak-kanak tersebut, status ini telah dimuatnaik:

Terima Kasih Dengan Atas Nasihat Semua , Saya Ingin Memohon Maaf Atas Kesilapan Saya Mendidikan Anak , Saya Bukan Memaksa Atau Mendera Beliau , Saya Cuma Bergurau , Kalau Mana Yang Dah Follow Wife Saya , Mesti Tahu Cara Anaqi Macam Mana . Beliau Agak Lasak Dan Ganas , Suka Main Benda Bukan Mainan Dia Atau Budak2. Kalau Dia Nak Kan Sesuatu Mesti Dia Nak Jugak , Apapun Saya Ingin Memohon Maaf Atas Kesilapan Saya. Dan Terima Kasih Sangat2 Ambik Berat Atas Amsyar. Dan Saya Pon Maaf Kan Semua Mana Yang Taktahu Cerita .

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: