Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Fancy Font Di Whatsapp Tanpa Aplikasi
CARA BUAT PELBAGAI TULISAN BOLD, ITALIC & FANCY FONT DI WHATSAPP
Ramai antara kita menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berkomunikasi sama ada sesama keluarga ataupun untuk tujuan perniagaan.
Untuk membantu kita menulis mesej dengan lebih jelas atau untuk menandakan sebahagian perkara penting dalam mesej teks, anda boleh mempelbagaikan jenis font (tulisan).
Dengan cara ini, ia mungkin dapat membantu menyampaikan mesej anda dengan lebih mudah dan berkesan melalui Whatsapp, terutamanya bagi yang berniaga menggunakannya untuk membuat pengumuman berkaitan hal-hal penting setiap hari.
Jom kita tengok cara nak buat pelbagai tulisan di Whatsapp tanpa perlu download sebarang aplikasi!
Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Fancy Font Di Whatsapp Tanpa Aplikasi
Terdapat 2 cara untuk anda mengubah tulisan di Whatsapp tanpa menggunakan aplikasi iaitu:
CARA 1
- Buka aplikasi Whatsapp
- Masukkan saja tanda *, _ , ~ atau ”’ di awal dan akhir perkataan atau ayat yang akan dihantar.
- Bold (Tebal) : *masukan perkataan di sini*
- Italic (Senget) : _masukan perkataan di sini_
- Strikethrough (Bergaris) : ~masukkan perkataan di sini~
- Monospace (Tulisan ala typewriter) : ”’masukkan perkataan di sini”’
Anda akan dapat hasilnya seperti di bawah:
Rujuk video di bawah (Kredit tiktok @nrnjibhprmli)
CARA 2
Selain dengan menggunakan simbol ini, anda juga boleh menggunakan option mudah dengan memilih tulisan (highlight) dalam Whatsapp seperti di bawah.
Caranya begini:
- Buka aplikasi Whatsapp.
- Highlight perkataan yang ingin diubah jenis fontnya.
- Tekan simbol 2 titik di bahagian kanan yang tertera.
- Pilih sama ada anda ingin tulisan Bold, Italic, Strikethrough atau Monospace.
Rujuk langkah bergambar di bawah:
Baca juga: Cara Tutup Fungsi ‘Blue Tick’ (Seen) Whatsapp. Boleh Elak Salah Faham
Cara Buat Fancy Font Di Whatsapp
Ok, seterusnya mungkin ramai nak tahu cara nak buat tulisan jenis fancy yang macam kita selalu tengok orang forward atau share untuk ucapan-ucapan Hari Jadi, Hari Raya dan sebagainya.
Tanpa memuat turun sebarang aplikasi, anda boleh gunakan beberapa laman web.
Antara yang paling mudah adalah https://www.fancytextguru.com/
Caranya:
- Buka pautan https://www.fancytextguru.com/
- Taipkan perkataan yang anda nak ‘fancy’ kan.
- Pilih mana-mana stail yang anda suka.
- Kemudian ‘paste’ saja pada Whatsapp.
NOTA: Boleh juga guna untuk Facebook, Telegram, Twitter dan sebagainya.
Ni contoh fancy font yang boleh dipilih.
Selain laman web di atas, anda juga boleh gunakan laman web ini:
Selamat mencuba!
Mudah kan nak buat tulisan bold, italic dan fancy font di Whatsapp? Diharapkan posting ini dapat membantu anda memanfaatkan lagi Whatsapp dengan mempelbagaikan fungsinya.
Baca juga: Cara Buat Whatsapp Room (Video Meeting Ala Google Meet / Zoom)