Cara Buat Whatsapp Room (Video Meeting Ala Google Meet / Zoom)

CARA BUAT WHATSAPP ROOM

Walaupun kita tidak dapat berjumpa dengan keluarga dan kawan rapat buat masa ini, anda tak perlu risau kerana sekarang ada pelbagai cara untuk berhubung dengan mudah.

Sekarang anda juga boleh gunakan aplikasi Whatsapp untuk buat video call beramai-ramai.

Mungkin sesetengah daripada kita mengalami kesukaran untuk menggunakan Google Meet dan Zoom untuk video call beramai-ramai kerana tetapannya agak merumitkan.

Nak ‘join’ pun kadang-kadang pening. Ada yang sampai ‘give up’ nak ‘join’!

Whatsapp kini boleh buat seperti Google Meet.

Caranya mudah, cuma perlu install whatsapp dari microsoft store di laptop atau komputer, kemudian pilih menucreate room dan Copy link untuk hantar dekat murid-murid.

Boleh share screen dan sebagainya.

Mudah kan?

Jom rujuk panduan terperinci di bawah.

Cara Buat Whatsapp Room

Mengikut perkongsian step-by-step dari saudara Naim Azhar menerusi Facebook, anda boleh ‘create room’ untuk mulakan group call. Jom kita belajar buat group call menggunakan Whatsapp !

1. Login ke Whatsapp Web menggunakan laptop menggunakan komputer. Tekan simbol tiga titik bertindih dan pilih ‘Create a Room’.

2. Satu popup akan keluar untuk anda sambungkan Whatsapp dengan Facebook Messenger. Klik ‘Continue in Messenger’ untuk teruskan.

3. Daftar masuk akaun Facebook dan klik ‘Teruskan’.

4. Sahkan akaun Facebook anda.

5. Tekan ‘Done’.

6. Klik ‘Try It’.

7. Tekan ‘Create Room as ‘{Nama Facebook}’


8. Klik pada tetapan yang anda inginkan sama ada ‘Use Camera and Microphone’ atau ‘Use Microphone Only’. Anda juga boleh ubah tetapan kemudian.

9. Untuk memasukkan peserta group call, copy link di bahagian kanan dan forward kepada peserta yang anda ingin jemput dalam group call.

Orang yang ‘join’ group call boleh sertai menggunakan handphone seperti biasa tanpa memerlukan akaun khas.

Anda juga boleh kongsikan link seperti mana Google Meet yang biasa anda gunakan.

Apa yang menariknya, kebanyakan Telco menawarkan data percuma untuk aplikasi Whatsapp dan Facebook. Jadi, anda boleh jimat dengan lebih banyak lagi untuk berhubung!

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba Whatsapp Room untuk berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan!

Caranya cukup ringkas dan mudah untuk digunakan. Selamat mencuba.

Sumber : Naim Azhar

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4678592112154162&id=100000102577244

Baca juga: Cara Batalkan Jaringan Prihatin (Boleh Cancel & Tukar 3 Kali)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: