S-Food, Perkhidmatan Penghantar Makanan Dari Senheng

Syarikat Senheng pastinya tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Ini kerana Senheng merupakan salah satu syarikat menjual barangan elektronik yang seperti court mammoth.

Namun kali ini, Senheng mula mengorak langkah dengan melebarkan perkhidmatan mereka di bawah aplikasinya untuk menjadikan aplikasi mereka ‘Senheng Super App’ yang menawarkan pelbagai perkhidmatan.

Baca juga: Promosi Untuk Peranti Xiaomi Sempena Pembukaan 10 Kedai Baharu Di Malaysia

Susulan itu, sejumlah perkhidmatan di dalam aplikasi Senheng telah diperkenalkan. Antara perkhidmatan yang terawal dilaksanakan adalah Home Fix. Melalui Home Fix, anda boleh mendapatkan bantuan untuk membaik-pulih barangan anda.

Manakala antara perkhidmatan yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi adalah S-Food yang memfokuskan kepada penghantaran makanan seperti GrabFood dan Foodpanda.

Bagi menjadikan perkhidmatan mereka berbeza dengan pesaing lain, S-Food dikatakan bakal mengambil komisyen yang rendah berbanding yang lain.

Namun begitu, perkhidmatan S-Food tidak akan menggunakan penghantar mereka sendiri sebaliknya akan menggunakan perkhidmatan penghantar pihak ketiga berbanding FoodPanda dan GrabFood.

Baca juga: Huawei Tawarkan Diskaun Istimewa Sempena PC Carnival Week

Melalui aplikasi Senheng Super App, tab khas dinamakan S-Food akan disediakan bermula pada 1 November kelak, Pengguna boleh lakukan tempahan makanan dan penghantaran akan dibuat terus ke lokasi anda.

Selain itu, aplikasi Senheng Super App juga turut menawarkan pulangan S-Coin kepada pengguna setia selain perkhidmatan dompet digital dan juga perbankan digital pada masa akan datang.sebagai pelengkap aplikasi tersebut.

Jika anda lihat di gambar di bawah, berikut merupakan senarai ciri-ciri yang bakal dibangunkan di dalam aplikasi Senheng Super App bagi memperluaskan lagi ekosistem aplikasi mereka.

Langkah ini sekaligus mengubah aplikasi Senheng yang asal kepada sebuah ekosistem besar yang dinamakan S-Ecosystem untuk bersaing di dalam arena “Super App” seperti Air Asia Super App dan Grab Super App.

Anda boleh dapatkan Senheng Super App di sini untuk android dan iOS.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: