Promosi Untuk Peranti Xiaomi Sempena Pembukaan 10 Kedai Baharu Di Malaysia
Bersempena dengan pembukaan 10 kedai fizikal baharu di Semenanjung Malaysia, Xiaomi bakal mengadakan promosi besar-besaran di setiap cawangan tersebut.
Tawaran promosi tersebut akan bermula pada 12pm, 25 Oktober 2021. Sebanyak RM200 diskaun bakal diberikan untuk pembelian peranti Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro. Namun ianya terhad untuk 50 unit sahaja setiap kedai.
Selain itu bagi anda yang menjadi 50 pelanggan pertama akan diberikan set cawan eksklusif Xiaomi edisi terhad secara percuma.
Selain itu terdapat juga diskaun untuk barangan peranti Xiaomi yang lan seperti Mi TV, Mi Watch, Mi Hair Dryer, Mi Robot Vacuum dan banyak lagi.
Selain itu, pusat servis baharu di Mid Valley Megamall juga akan dibuka yang bakal beroperasi bermula 23 Oktober 2021 akan datang.
Jadi bagi pengguna telefon pintar Xiaomi yang sudah tamat jaminan (warranty), anda boleh dapatkan diskaun caj perkhidmatan sebanyak 50% jika anda membaiki peranti mereka di Xiaomi Service Centre di Mid Valley Megamall bermula 23 sehingga 31Oktober.
Baca juga: Cara Memohon Pakej Peranti & Pakej Remaja Keluarga Malaysia
Sehingga kini, Xiaomi mempunyai 47 buah kedai sedia ada di seluruh negara dan dalam perancangan untuk membuka sebanyak 300 buah kedai pada masa akan datang.
Antara lokasi kedai baharu yang diumumkan adalah seperti berikut:
- Sunway Velocity, Kuala Lumpur.
- KL East Mall, Kuala Lumpur
- Giant Hypermarket Bandar Kinrara, Selangor
- Alor Star Mall, Kedah
- Kulim Central, Kedah
- Kompleks Bukit Jambul, Penang
- Prangin Mall, Penang
- Lotus Bertam Kepala Batas, Penang
- AEON Tebrau City, Johor Bahru, Johor
- Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, Muar, Johor
Sumber: Siaran Akhbar Xiaomi