Cara Delete Akaun Facebook Lama Yang Dah Lupa Password

CARA DELETE / PADAM AKAUN FACEBOOK LAMA YANG DAH LUPA PASSWORD

Ingat tak bila first time kita mula gunakan Facebook?

Rasanya dah lama juga tu kan?

Tapi mungkin dulu kita tidaklah seaktif sekarang, dan sebenarnya ramai yang pernah ada akaun Facebook lama yang dah lupa password, username atau e-mel yang didaftarkan.

Sebab penggunaan internet yang terbatas, masa tu tak dapat la nak online Facebook setiap masa macam sekarang. Tulah sebab ramai yang lupa dah kata laluan atau username yang digunakan dulu, kan?

Sekarang ni ada yang dah daftar akaun baru sebab masih juga tak dapat ingat dan tak tahu macam mana nak delete akaun lama tu.

Bagi yang nak padam akaun Facebook lama tapi dah tak ingat username dan password,boleh cuba cara yang dikongsikan oleh TikTok @_amirsab ini.

cara delete akaun facebook lama lupa password

Baca juga: Cara Matikan ‘Off-Facebook Activity Setting’ Supaya FB Tak Intai Data Kita

Cara Delete Akaun Facebook Lama Yang Lupa Password / Username

Dalam video di bawah berikut ditunjukkan langkah-langkah nak delete akaun Facebook lama yang dah lupa password tu.

Ini caranya:

  1. Mula-mula search nama akaun lama kita di aplikasi Facebook.
  2. Tekan Profile (titik 3)
  3. Tekan ‘Report Profile’
  4. Pilih ‘Pretending to be someone’
  5. Klik butang ‘Submit’ dan ‘Done’
  6. Facebook akan review dulu dan kemudian akan delete akaun Facebook lama kita tu nanti.

Mudah kan?

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Bolehlah kongsikan feedback dan share dengan kawan-kawan kalau dah berjaya buat nanti.

Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Tulisan Bold, Italic & Stylish Font Di Facebook Tanpa Apps

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: