Oppo Melancarkan Secara Rasmi Oppo A93S 5G Di China

Pada bulan januari lalu , syarikat Oppo telah melancarkan Oppo A93 5G dengan tanda harga RM1449 untuk pasaran tempatan. Kini, syarikat Oppo melebarkan lagi barisan peranti dengan memperkenalkan Oppo A93S 5G.

Jika kita lihat dari segi rekaan dan juga spesifikasi Oppo A93S 5G sama dengan peranti pintar sebelum ini iaitu Oppo A93 5G. Ianya didatangkan dengan tiga warna pilihan iaitu warna hitam, putih dan juga aurora.

Rekaan skrin pula dilengkapi dengan LTPS IPS LCD bersaiz 6.5 inci beresolusi 1080×2400 yang mempunyai 405 ppi berserta kadar segar skrin 90Hz. Skrin ini juga mempunyai kecerahan 600 nits.

Storan yang ditawarkan adalah 128GB dan juga 256GB. Ianya juga didatangkan dengan memori sebesar 8GB RAM. Sokongan pengecasan pantas juga sama iaitu 18W dengan bateri sebesar 5000mAh dan port pengecasan USB Type-C.

Kamera pula menggunakan 8 megapixel bagi kamera hadapan yang terletak disebelah kiri atas. Kamera belakang pula menggunakan 48 megapixel bagi kemera utama, 2 megapixel untuk kamera portrait dan juga makro.

Cuma yang membezakan antara Oppo A93 5G dan Oppo A93S 5G adalah cip pemprosesan dan juga grafik. Oppo A93S 5G akan menggunakan cip dari MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 700 dan cip grafik Mali-G57 MC2.

Ciri-ciri lain seperti sokongan storan tambahan MicroSDXC, pengimbas cap jari sisi, bicu audio 3.5mm,Bluetooth 5.1 turut disertakan. ColourOS 11.1 menjadi android yang akan digunakan oleh peranti pintar ini.

Buat masa ini, Oppo A93S 5G hanya dipasarkan di China dengan harga jualan sekitar CNY1,999 iaitu RM1303.

Sumber: Gsmarena