Tukar Benda Ini Sahaja Dapat Lajukan Laptop Lama Anda
Adakah anda pengguna laptop ataupun komputer riba jenis lama? Bagaimana kondisi laptop anda? laju ataupun perlahan? Jika perlahan, artikel ini adalah untuk anda kerana kami akan memberitahu anda apa punca laptop perlahan dan benda apa yang anda patut tukar untuk lajukan kembali laptop anda.
Sebelum kami memberitahu lebih mendalam, marilah kita kenal dahulu apakah itu HDD dan SSD.
Pernah anda dengar apa itu SSD dan HDD? Secara amnya, SSD dan HDD merupakan storan utama untuk PC. Namun, tahukah anda betapa beza jurangnya antara storan tersebut? SSD vs HDD, yang mana lebih baik?
Apakah itu HDD dan SSD?
HDD bermaksud hard-disk drive. Sebuah mekanisma yang berupaya mengawal posisi pembacaan dan penulisan oleh hard-disk. Di mana ia menjadi tempat penyimpanan data. HDD diguna secara meluas pada komputer, laptop, telefon pintar dan lain-lain. HDD mempunyai pelbagai komponen di dalamnya, namun ia juga mempunyai motor yang berpusing secara mekanikal. Motor ini digunakan untuk memusingkan platters yang menyimpan data pada beribu-ribu pusingan setiap minit. Semakin tinggi RPM, semakin tinggi pretasinya.
SSD pula bermaksud solid-state drive di mana ia merupakan penyimpan media data dalam memori kilat solid-state. Dua kunci utama pembentukan SSD ialah pengawal kilat dan memori kilat NAND. Kilat yang dimaksudkan adalah kelajuan sepantas kilat. Jadi penghasilan SSD ini merupakan teknologi baharu yang boleh membekalkan kelajuan bacaan dan penulisan data dalam satu tempoh masa tanpa perlu motor. Kecekapan yang tinggi dan pretasi yang sangat hebat. SSD juga dikenali sebagai flash-drive atau solid-state disk.
Prestasi SSD
Disebabkan kelajuan sepantas kilat yang dihasilkan oleh SSD dan tidak mempunyai sebarang alat yang bergerak, SSD mampu memproses data dengan lebih cepat.
Dari segi boot-up Windows, penggunaan SSD pada laptop mampu memendekkan tempoh nak hidupkan komputer lebih cepat sehingga 2-3 kali ganda. Dari segi gaming pula, tempoh loading dan pemprosesan boleh dikenal pasti hingga 2-4 kali ganda.
SSD Solusi Kepada Laptop Perlahan
Kesimpulan yang boleh diambil di sini ialah untuk melajukan kembali laptop lama anda, anda boleh menukarkan HDD laptop anda kepada SSD. Di Lazada pelbagai jenama dijual dengan harga yang berbeza mengikut saiz storan dan bajet anda. Boleh lihat gambar di bawah sebagai contoh. Boleh klik di link setiap brand untuk terus membeli.
1 – Apacer
2 – SanDisk
3 – KIOXIA EXCERIA
4 – SemsoTai
5 – Kingston
6 – Western Digital
7 – PNY CS900
8 – AGI
9 – Transcend
Penggunaan SSD Dengan Caddy
Apakah itu Caddy? Caddy adalah bekas untuk meletakkan SSD anda sebagai pengganti ruang cakera padat (CD atau DVD) yang pasangkan di dalam komputer riba anda. Dengan penggunaan caddy ini, tiada lagi ruangan cakera padat di laptop anda. Boleh lihat contoh gambar di bawah. Boleh klik link ini untuk terus beli.
Memandang penggunaan CD atau DVD sudah semakin berkurangan, pilihan untuk menggantikan ruang cakera padat dengan caddy adalah terbaik pada pendapat kami. Namun begitu, sekiranya anda masih memerlukan penggunaan cakera padat CD atau DVD, anda boleh menggunakan external CD/DVD reader seperti gambar di bawah ini. Boleh juga klik link ini untuk terus beli.