Nothing Mengesahkan Pelancaran Produk Pertama Mereka Secara Rasmi

Seperti yang kita sedia maklum, selepas Carl Pei meninggalkan One Plus beliau menubuhkan syarikat “Nothing” dan membangunkan produk pertamanya iaitu fon telinga nirwayar.

Tambahan lagi, pelancaran produk pertama mereka sepatutnya dilancarkan pada bulan ini tetapi Carl Pei menunda untuk memastikan bahawa produk akan hadir dengan janji-janji yang diperkatakan sebelum ini.

Terkini, syarikat “Nothing” memperkenalkan Nothing ear(1) sebagai produk rasmi pertama mereka dan akan dilancarkan pada 27 Julai 2021 ini di London.

Namun maklumat berkaitan Nothing ear(1) ini masih belum dikongsi dengan umum dan mereka hanya pernah memperlihatkan fon telinga nirwayar – Concept 1 sekitar Mac yang lalu.

Rekaan Nothing ear(1) ini berkemungkinan seperti Concept 1 yang diperlihatkan pada Mac lalu. Jadi sama-sama kita nantikan kemunculannya adakah jauh lebih baik apabila dilancarkan nanti.

Sumber: Nothing

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: