Maybank Server Down: Pengguna Hadapi Masalah Akses Akaun, Papar Baki RM0.00

Pengguna-pengguna Maybank yang menggunakan perkhidmatan Maybank2U dan aplikasi MAE dilaporkan sedang menghadapi masalah untuk mengakses akaun mereka secara online.

Rata-rata pengguna yang menghadapi masalah berkenaan mengatakan baki akaun masing-masing menunjukkan 0.00 atau ditandakan dengan ‘-‘.

Perkara ini telah disahkan oleh pihak Maybank dan tindakan sewajarnya berkenaan masalah ini sedang diambil.

Menurut notis dari pihak Maybank, platform perbankan online M2U, MAE dan penggunaan kad debit kini tidak boleh digunakan buat sementara waktu.

Ada juga sebahagian pengguna yang mengatakan akses ke perkhidmatan tersebut menjadi perlahan berbanding pada kebiasaannya apabila memuatkannya.

https://twitter.com/MyMaybank/status/1518461369649332224?t=6kSZIQMVjDdW1N0or79SlA&s=19

Langkah-langkah pembaikan bagi masalah ini sedang giat dijalankan secepat mungkin oleh pihak Maybank.

Untuk maklumat lanjut, sila ikuti update terkini di media sosial rasmi Maybank :

Baca juga:

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: