‘Facebook Live’ Rakam Saat Akhir Sebelum Kemalangan Maut Di Sabah
Wanita Sempat Buat ‘Facebook Live’ Sebelum Berdepan Kemalangan Maut
KUNAK: Seorang pembonceng wanita yang sedang membuat rakaman ‘Facebook Live’ terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah SUV dan motosikal di Kilometer 10, Jalan Kunak-Tawau, Kunak, pada 11 Julai 2022.
Ketua Polis Daerah Kunak, Supt Sabarudin Rahmat berkata, mangsa yang maut merupakan wanita (pembonceng) yang berusia 38 tahun merupakan warga Indonesia.
Wanita itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, sementara suami mangsa (penunggang), 39-tahun, juga warga Indonesia dan anak lelakinya, 7 tahun, mengalami kecederaan dalam kejadian kira-kira pukul 4.45-petang.
Katanya, semasa kejadian, sebuah kenderaan jenis Proton X70 dipandu seorang lelaki, 54 tahun itu datang dari arah Tawau menuju ke Kunak.
Proton X50 berkenaan telah memotong sebuah kenderaan lain dihadapannya dan telah terlanggar motorsikal dinaiki mangsa yang berada dihadapan kenderaan dipotong tadi yang pada masa sama sedang mengubah laluan membelok memasuki simpang di kanan jalan.
“Jarak yang terlalu hampir mengakibatkan kereta X70 terbabit tidak sempat mengelak dan terus merempuh motosikal mangsa.
Ekoran rempuhan itu, penunggang dan anaknya terpelanting ke bahu jalan manakala mangsa wanita diseret oleh kereta berkenaan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.
Sedutan LIVE video yang merakamkan saat-saat akhir sebelum mereka dirempuh itu menjadi tular di media sosial.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Menjengah ke akaun Facebook Puan Rina, rakaman siaran langsung tersebut masih boleh ditonton.
Tambah sayu, di ruang komen ramai yang tidak menyangka rakaman ini bakal menjadi detik terakhir baginya.
Rata-rata netizen mengucapkan takziah kepada suami mangsa dan mendoakan anak serta suami mangsa cepat sembuh.
Mereka yang telah menonton Facebook Live itu juga berasa sedih apabila mendengar tangisan si anak yang memanggil-manggil ibunya.
Selain itu, timbul juga perdebatan sama ada pemandu kereta SUV yang bersalah ataupun penunggang motosikal tersebut.
Baca juga: Kronologi Nahas 4 Sekeluarga Di Ipoh, Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan
Berikut antara komen-komen yang ditinggalkan di Facebook mangsa, Rina Angko.
Kami di HarianPost.my turut mendoakan agar Puan Rina ditempatkan di kalangan orang-orang beriman, dan semoga ahli keluarga diberikan kesembuhan serta ketabahan atas kehilangan ini.
Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al-Fatihah
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين