Kronologi Nahas 4 Sekeluarga Di Ipoh, Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan
AL-FATIHAH…. Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik HRPB apabila seorang seorang wanita meraung dan menangis selepas melihat jenazah keluarganya yang maut dalam kemalangan di Kilometer (km) 277.1 Plus, pada petang 13 Julai 2022.
Keluarga katanya nak hantar anak perempuan yang baru dapat kerja di KL. Mereka bertolak dari Sg.Petani dan kemalangan berlaku dalam perjalanan di lebuhraya Ipoh.
Kronologi Kejadian
Mior Faridalathrash berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 2.45 petang semalam dan hasil siasatan mendapati sebuah lori treler tanpa muatan yang dipandu lelaki itu dari arah Taiping menghala ke Bukit Beruntung, Selangor, merempuh sebuah kereta yang dinaiki empat beranak dari arah belakang.
“Akibat daripada rempuhan tersebut, treler dan kereta itu menggelongsor ke hadapan lalu melanggar lima kenderaan lain yang turut mengalami kerosakan teruk namun kesemua pemandu dan penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Mangsa, pesara polis, Rahim Ramli, 60; isterinya, Siti Petimah Omar, 59; dan dua anak perempuan mereka, Nor Hadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Berikut adalah kenyataan rasmi oleh Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak, Ketua Polis Perak, berhubung kes berkenaan:
Pemandu Treler Telah Ditahan, Miliki 13 Rekod Kesalahan Trafik
Pemandu treler yang terbabit dalam kemalangan maut membabitkan empat beranak di Kilometer 277.1 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini, petang semalam, mempunyai 13 rekod kesalahan trafik.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pemandu berusia 34 tahun itu mempunyai saman trafik sejak 2008 sehingga tahun lepas, termasuk tiga daripada saman tersebut adalah terbabit dalam kemalangan jalan raya.
“Polis sudah menahan pemandu treler dan akan direman hari ini bagi membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
“Bagaimanapun, ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki tersebut tidak memandu di bawah pengaruh dadah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Orang Ramai Diminta Salurkan Maklumat
Dalam pada itu, Mior Faridalathrash turut meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu supaya menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Mohd Tarmini Che Hassan di talian 013-5949441 untuk membantu siasatan kes.
Takziah buat keluarga yang terlibat..
Alfatihah
إنا لله وإنا إليه راجعون
Moga Allah mengampuni dan mencucuri rahmat ke atas rohnya.Bacalah doa yang diajarkan oleh Nabi sallallah alaih wasallam ketika ditimpa musibah:
إنَّا لِلَّهِ وإنَّا إلَيْهِ راجِعُونَ اللَّهُمَّ أْجُرْنِي في مُصِيبَتِي، وأَخْلِفْ لي خَيْرًا مِنْها
Maksudnya: Kita dari Allah dan kepada-Nya kita kembali. Ya Allah, berikanku pahala dalam musibahku dan gantikan untukku dengan yang lebih baik. (HR Muslim)
Baca juga: