[VIDEO] Pengasuh Baling Objek Pada Bayi Ditahan Polis

PENGASUH BALING OBJEK PADA BAYI DITAHAN UNTUK SIASATAN

Polis sudah menerima laporan berhubung kejadian tular seorang pengasuh yang dikatakan menganiaya seorang bayi dengan baling satu objek dipercayai bungkusan barang ke atas belakang badan bayi itu semalam.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah taska di Bayan Baru di sini yang menempatkan kanak-kanak daripada usia bayi.

Menurut Harian Metro, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, sudah ada penahanan dibuat namun enggan mengulas lanjut.

“Sudah ada penahanan (suspek) dan polis masih mengumpul maklumat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Baca juga: Pengasuh Simpan Mayat Bayi Dalam Peti Sejuk Dihukum Penjara 6 Tahun

Terdahulu, video kejadian yang dipercayai berlaku di sebuah taska di Bayan Baru itu turut tular di media sosial dan mendapat perhatian orang ramai.

Pengasuh baling objek barang

Menerusi hantaran dipercayai dimuat naik oleh ibu bayi itu, seorang wanita dilihat membaling objek kepada bayi ketika mangsa sedang merangkak.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001.

Sumber video: Cahaya Naziha Mohd Nhazeri

Baca juga: 20 Petua, Khasiat & Kegunaan Daun Pandan Yang Ramai Tak Tahu

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: