Ini Cara Beli Produk Apple Pada Harga Murah Yang Ramai Tak Tahu
Rata-rata orang tahu dan kenal dengan produk Apple yang kebanyakan produknya banyak digunakan oleh ramai artis dan selebriti di Malaysia dan juga di luar negara. Produk dan model yang dikeluarkan oleh Apple tidaklah banyak siri seperti produk elektronik yang lain tetapi tetap menjadi pilihan walaupun harganya yang mahal. Mungkin disebabkan inilah jenama ini menjadikan eksklusif kepada yang memakainya.
Walaupun tidak semua orang mampu untuk mendapatkan produk Apple ini disebabkan harganya yang mahal, tahukah anda sebenarnya ada cara untuk anda beli produk Apple pada harga yang murah dan berbaloi. Namun cara ini terpakai untuk pelajar dan untuk peranti iPad dan Mac sahaja.
Ini bukanlah membeli produk refurbished atau terpakai ataupun pra-tempah yang bersifat scam. Sebagai contoh, sekiranya anda mahu membeli komputer Mac untuk kerja-kerja penyuntingan, anda boleh dapatkan Pro Apps Bundle for Education dengan hanya RM799. Di dalam dalam bundle tersebut, ia mengandungi Final Cut Pro yang bernilai RM1299, Logic Pro bernilai RM799, Motion, Compressor dan MainStage.
Cara Membuat Pembelian
Langkah Pertama
Pergi ke pautan https://www.apple.com/my-k12/shop atau klik di sini.
Langkah Kedua
Pilih produk yang ingin dibeli berserta konfigurasi diinginkan dan klik “Add to Bag”. Sebagai pilihan anda boleh membeli perlindungan sekali daripada Apple, iaitu Apple Care.
Dengan adanya perlindungan ini ianya memberi jaminan merangkumi penggantian komponen dan sebagainya. Namun anda boleh juga membeli perlindungan ini di kemudian hari sebelum setahun daripada tarikh pembelian.
Di bawah ini harga iPad dengan harga “Education Pricing” . Harga di bawah adalah harga semasa artikel ini ditulis.
- iPad mini – Bermula RM1609 (Harga asal – RM1699)
- iPad – Bermula RM1369 (Harga asal – RM1449)
- iPad Air – Bermula RM2399 (Harga asal – RM2599)
- iPad Pro M1 – Bermula RM3279 (Harga asal – RM3499)
Di bawah ini harga Mac dengan harga “Education Pricing” . Harga di bawah adalah harga semasa artikel ini ditulis.
- MacBook Air M1 – Bermula RM3959 (Harga asal – RM4399)
- MacBook Pro M1 – Bermula RM5169 (Harga asal – RM5599)
- Mac mini M1 – Bermula RM2779 (Harga asal – RM2999)
- iMac M1 – Bermula RM5379 (Harga asal – RM5599)
- Mac Pro – Bermula RM24,269 (Harga asal – RM25,999)
- Monitor Pro Display XDR – RM18,399 (Harga asal – RM19,999)
Langkah Terakhir
Klik “checkout”, boleh masukkan Apple ID atau sebagai pelawat (Continue as Guest). Teruskan dengan melengkapkan butiran diperlukan dengan kad debit atau kad kredit.
Untuk pengetahuan anda, tiada ID atau pengesahan pelajar diminta bagi membelinya. Namun, Apple mengehadkan pembelian satu meja komputer (Desktop) per tahun pengajian (satu tahun), 1 Mac mini, 1 notebook, 2 iPad, 2 paparan dan dua sistem perisian dengan diskaun.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan Apple ini. Selamat membeli.