Kini Trending Di Netflix, Filem ‘Frontliner’ Dihujani Pujian & Kritikan
Filem pendek anak tempatan, ‘Frontliner’ kini sudah ditayangkan di Netflix dan tersenarai antara tontonan paling trending di Malaysia.
Naskhah ini merupakan arahan oleh Razif Rashid dan dibintangi oleh pelakon-oelakon hebat seperti Azhan Rani, Beto Kusyairy, Farah Ahmad, Wan Maimunah, dan Achey.
Seperti yang kita dapat teka, ‘Frontliner’ mengisahkan tentang perjuangan barisan hadapan Malaysia melawan pandemik COVID-19 dalam beberapa bulan pertama.
Filem ini merupakan bentuk penghargaan bagi para barisan hadapan yang telah berjuang demi negara.
Para barisan hadapan tersebut di antaranya adalah doktor, jururawat, petugas hospital, polis, tentera, penghantar makanan, hingga petugas kebersihan yang telah mengorbankan diri untuk melawan musuh yang tidak kelihatan demi keselamatan bersama.
Apa yang menarik, filem ini mengundang beberapa kontroversi kerana ia dikatakan telah ditolak oleh Astro sebelum diterima di Netflix.
Ramai yang teruja kerana naskhah ini berjaya masuk ke Netflix, sebaris dengan filem-filem hebat Malaysia dan antarabangsa.
Namun adakah ia mencapai standard yang diharap-harapkan oleh penonton?
Reaksi Penonton
Rata-rata, sememangnya filem ini menjadi tontonan ramai di Malaysia.
Ia menjadi antara carian tertinggi di media sosial dan dibanjiri dengan pelbagai reaksi penonton.
Ada yang tersentuh dengan emosi yang ditonjolkan dan menganggap filem ini memberi mesej serta kesan yang mendalam.
Namun, ramai juga mengatakan bahawa impaknya mungkin lebih hebat jika ditayangkan lebih awal ketika PKP 1.0 atau PKP 2.0 dahulu.
Apapun, usaha pengarah dan pelakon mendapat pujian memandangkan mereka dikatakan tidak mendapat kerjasama jabatan untuk menggunakan fasiliti / aset.
Berikut adalah antara komen mereka yang telah menontonnya.
Sementara itu, kritikan terhadap filem pendek ini juga tidak kurang hebatnya.
Antara yang menjadi bualan ramai hari ini adalah ‘babak menghantar makanan melalui celah gril’.
Babak ini menimbulkan tanda tanya kerana Beto yang berkhemah di luar rumahnya menerima makanan dari celah gril sedangkan ia dibuka seperti biasa sejurus selepas itu.
Selain itu, mungkin penonton di Malaysia juga mengharapkan sesuatu yang lebih berkualiti memandangkan ia berjaya masuk ke Netflix selepas ditolak oleh Astro.
Ikuti komen-komen penonton di bawah:
Selain komen-komen pendek ini, anda juga boleh membaca beberapa review daripada pengguna di Facebook antaranya daripada seorang doktor sendiri yang telah menontonnya – Dr Rashdan Mohamed.
Review Filem ‘Frontliner’ – Oleh Dr Rashdan Mohamed
⚠️ Achtung: Spoiler Alert
F R O N T L I N E R
Review drama Frontliner, keluaran tempatan untuk Netflix
- Seperti yang ditunggu-tunggu, drama/filem tempatan berjudul Frontliner, telah ditayangkan di Netflix baru-baru ini. Ramai teruja. Termasuk saya. Setelah menontonnya, “mixed feeling”, bagus? Kurang? Boleh diperbaiki? Ini pendapat peribadi saya (dengan penuh rendah diri)
- Sinopsis ceritanya, menampilkan tiga watak/penceritaan utama
2.1 Doktor dan isterinya
- penjagaan SOP ketat
- namun masih terjangkiti (plot yang saya tidak mahu spoilt-kan)
2.2 Pegawai agensi keselamatan dan isteri dan anaknya - isteri yang mengalami keresahan akibat faktor duit dan PKP
- anak yang bosan dengan PKP, bersama ibu keresahan
- pegawai yg berkorban utk berkhidmat utk negara
2.3 Pegawai agensi keselamatan dan ibunya - ibu yang rindu anak, namun sedikit kurang memahami tugas anaknya
- Impresi keseluruhan
- Cinematografi = 4/10
- Lokasi = 4/10
- Jalan cerita = 5/10
- Pelakon = 6/10 (agak bagus, boleh jiwai watak)
- Emosi = 8/10 (terbitkan rasa sedih)
- Execution / ketepatan = 3/10 (ICU setting, resusitasi, hospital setting, perlaksanaan pematuhan SOP, banyak perlu diperbaiki)
- Keseluruhan = 5/10
- Secara jujur, banyak boleh diperbaiki untuk menggambarkan kejadian sebenar di hospital, agensi keselamatan. Jalan cerita boleh diperkemaskan. Adegan² tertentu boleh diperbaiki. Aspek cinematography juga.
- Namun, kita harus puji “effort”, usaha itu, 10/10. Mungkin kekangan budget. Perlu kerjasama dengan KKM/MKN. Lebih baik dari drama pukul 7 mlm, anak TanSri pakai coat, naik BMW, business bapak RM 100 juta, tackle gadis cantik tapi kampungan
Saya masih minta semua utk menontonnya, terutama aspek mainan emosi
👏👏👏
Pautan sumber asal: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=5102470846433244&id=100000111361285