Amaran Fenomena Air Pasang Besar Mulai 4-7 November 2021

AWAS KEJADIAN AIR PASANG BESAR!

Pasti sudah ramai yang merancang untuk ke Pantai pada cuti panjang minggu hadapan.

Orang ramai terutama penduduk di pesisir pantai dinasihat agar lebih berwaspada berdepan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dalam tempoh empat hari bermula 4 hingga 7 November 2021.

Pengunjung pantai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi pada tarikh dinyatakan di kawasan terbabit.

Apakah Fenomena Air Pasang Besar?

Kejadian ini merupakan fenomena normal yang dipengaruhi oleh daya graviti matahari dan bulan yang menjadi penentu utama kepada proses pasang surut air laut.

Ia berlaku 2 kali setiap bulan apabila posisi bumi selari dengan matahari dan bulan yang kebiasaannya bertepatan dengan tarikh 1 dan 15 haribulan dalam kalendar bulan Islam.

Kejadian fenomena ini akan menjadi lebih buruk sekiranya disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat yang berlaku serentak yang akan menyebabkan berlakunya banjir kilat, limpahan air laut.

Baca juga: 3 Kanak-kanak Lemas Mencari Kepah Ketika Air Pasang Besar

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Datuk Ir Nor Hisham Mohd Ghazali, fenomena ini dijangka melanda Kedah, Perak, Selangor dan Johor.

Fenomena tersebut akan menjadi lebih buruk jika disertai angin kencang, ombak besar dan hujan lebat secara serentak dan berisiko mengakibatkan banjir kilat, limpahan air laut dan banjir pantai.

Sumber: Public Health Malaysia, Astro Awani

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: