PRU-15 : Penamaan Calon & Tarikh Penting Pilihan Raya PRU15

PENGUMUMAN TARIKH PRU-15

Bagi yang masih tertanya-tanya, bilakah tarikh pilihanraya umum (PRU15) dan apakah yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan, berikut dikongsikan penerangan lanjut tentang penetapan tarikh dan proses yang terlibat.

Tarikh Pilihan Raya Umum Ke 15 (PRU-15)

Berikut dikongsikan tarikh pilihan raya yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

  • Hari Penamaan calon : 5 Nov 2022 (Sabtu)
  • Hari Undi awal : 15 Nov 2022 (Selasa)
  • Hari mengundi : 19 Nov 2022 (Sabtu)

Kerajaan Sementara / Interim

Seperti yang semua sedia maklum, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk pembubaran parlimen pada 10 Oktober 2022.

Kerajaan sekarang memerintah sebagai kerajaan sementara yang mempunyai kuasa terhad dan sementara untuk menjalankan tugas secara interim.

Dalam tempoh ini, perkhidmatan awam berjalan seperti baisa termasuk gerak kerja berkausa dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali akan melaksanakan tugas melicinkan pentadbiran kerajaan.

Kesemua dasar, akta dan perundangan yang mahu dibentangkan di Parlimen ditangguhkan.

Kerajaan baharu yang terbentuk kelak akan membentangkan kembali Bajet 2023.

SPR juga akan mengeluarkan writ pilihan raya dan notis tarikh penamaan calon dari hari pengundian.

Sudahkah anda membuat semakan sebagai pengundi?

Semak daftar pemilih di pautan pantas https://mysprsemak.spr.gov.my/

Fungsi & Had Kuasa Kerajaan Sementara Sebelum PRU-15

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bermesyuarat pada 20 Oktober untuk mementukan dan mengumumkan tarikh-tarikh penting seperti penamaan calon, hari mengundi awal dan hari mengundi biasa.

Berikut merupakan perkara yang tidak dibenarkan terhadap Perdana Menteri dan Ahli Kabinet sepanjang Kerajaan Sementara mentadbir Negara:

pru15
  1. Membuat dasar kerajaan yang boleh mengikat kerajaan yang akan ditubuhkan selepas pilihan raya
  2. Membuat pelantikan ke jawatan penting
  3. Membuat kontrak / aku janji yang akan memberi kesan besar
  4. Menggunakan dana dan jentera kerajaan untuk iklan politik semasa tempoh berkempen PRU
  5. Melantik pembantu kerana kerajaan boleh berjalan dengan sokongan dan bantuan penjawat awam di bawah Ketua Setiausaha Negara

Menjelang PRU-15

Sudahkah anda membuat semakan sebagai pengundi?

Untuk makluman, dengan pelaksanaan Undi18, semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun telah didaftarkan sebagai pemilih dalam SPR. Ini bermaksud anda layak mengundi secara automatik.

Rasanya berapakah jumlah wang deposit pilihan raya yang perlu dibayar untuk bertanding bagi PARLIMEN dan DUN yang anda perlu tahu?

  • Deposit calon Parlimen : RM10,000
  • Deposit bahan kempen Parlimen : RM5,000
  • Deposit calon DUN : RM5,000
  • Deposit bahan kempen DUN RM3,000
pru-15

Waktu Keluar Mengundi

Waktu mengundi di Semenanjung ditetapkan bermula jam 8 pagi hingga 6 petang manakala dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang bagi Sabah dan Sarawak.

Menurut Jabatan Perdana Menteri, pemanjangan tempoh masa berkenaan dapat memberi masa yang mencukupi kepada pemilih untuk mengundi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ia adalah antara beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan perjalanan pilihan raya di negara ini lebih efisyen, adil dan telus.

Sumber: https://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/risalah_menuju_pru15.pdf , Jabatan Penerangan Malaysia

Baca juga: Nilai Ringgit Jatuh Ke Paras Terendah Berbanding Dolar AS

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: