One Plus Memanipulasi Dalam Ujian Penanda Aras? Ketahui Lebih Lanjut Disini

Kebiasaannya, sebelum membeli peranti pintar pengguna akan melayari laman sesawang seperti Geekbench dan Anandtech yang memaparkan markah penanda aras bagi peranti pintar idaman mereka dan menilai sama ada peranti pintar itu berbaloi atau sebaliknya.

Baru-baru ini, platform penanda aras Geekbench menyatakan peranti pintar keluaran syarikat OnePlus iaitu OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro terbabit dalam memanipulasi markah penanda aras.

Geekbanch telah mengambil langkah segera dengan menyahsenarai markah peranti pintar terbabit dari platform mereka.Namun, syarikat OnePlus telah memberi respon berhubung dakwaan yang mereka terima. Sila Lihat respon di bawah.

Jika kita rumuskan daripada kenyataan di atas, syarikat OnePlus menyatakan bahawa apa yang mereka lakukan adalah setelah mendengar maklum balas dari pengguna.

Pengguna menyentuh beberapa bahagian yang boleh ditingkatkan pada jangka hayat bateri dan pengurusan haba bateri dengan memadankan keperluan pemproses aplikasi dengan kuasa yang bersesuaian bagi mengoptimumkan prestasi peranti pintar tersebut.

Menurut OnePlus, ianya dapat membantu untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan seterusnya memberikan pengalaman yang lancar untuk pengguna.

Laman Anandtech juga menyatakan markah yang diperoleh dari Speedometer 2.0 dan JetStream 2.0 adalah rendah dan sama dengan peranti bajet keluaran beberapa tahun lepas.

Difahamkan bahawa aplikasi yang terdapat dalam peranti tersebut tidak dibenarkan menggunakan teras utama Snapdragon 888 ketika penggunaan harian tetapi akan mengerahkan perkakasan ketika diuji oleh penanda aras.

Bagaimana dengan pendapat anda mengenai isu ini. Jom kongsikan di ruangan yang disediakan.

Sumber: XDA Developers, Anandtech, @MishaalRahman

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL: